Wednesday 21 May 2014

Huiii...Dah Beli Ke Baju Raye ?

Sabtu and Ahad yang lepas aku gi keluar jap. Jalan-jalan ke?Jejalan la sangat! Aku ada kerja kat situ kat situ. Dah nama pun saya yang menurut perintah kan? Tapi paling sedih sebab kerja tu tak dapat nak masuk dalam markah koku aku sebab dah hantar awal minggu lepas. Kecewa! Asal lah ko hantar awal sangat Akashah Qi! Takpe la. Takde rezeki namanya tu. *lari lepas tu lompat atas katil kemudian tekap muka kat bantal*

Cantik jugak kawasan  kat situ. Keliling dia penuh dengan bangunan tinggi dan juga pokok hijau. Boleh tak gila aku dibuatnya, terpegun dengan bandar dalam taman itu? Kentut pun langsung tak berbau sepanjang aku jalan2 kat situ. Nampak tak betapa aku menipu di situ? Dan aku antara manusia yang terawal sampai daripada kawan-kawan aku yang lain. Bila turun jer dari kereta , uh rasa macam berada kat dalam taman, memang udaranya segar. Kat situ juga ada banyak kedai pakaian. So sementara menunggu kawan-kawan aku sampai, aku gi la cuci mata.

Dalam waktu jejalan tue, aku ternampak busana muslim dan muslimah kat situ, aku masuklah. Assalamualaikum. Aku disapa. Ramah sungguh akak yang menegur aku tue. Aku tertarik dengan bahagian lelaki kat dalam busana tue. Raya pun dah nak dekat, so ape lagi. Aku usha2 la baju2 dalam tue. Takkan la aku tak berbaju Melayu kowt raya nanti. Memang aku ada baju Melayu lama lagi. Tapi apa salahnya beli yang baru kan. Nak beli ke? haha...tungguyer..Dalam busana tue, ade koleksi jubah, baju Melayu dan macam2 jenis lagi baju muslim yang ade dalam tue. Dalam-dalam usha tue, aku snap la gambar untuk aku pilih bila balik nanti. Kat bawah nie antara baju Melayu yang ada :

Baju Melayu Moden

Baju Melayu Moden

Baju Melayu Moden

Cantikkan? 

Tapi takkan aku nak beli waltu tue kowt. Aku datang nak buat kerja. Bukan nyer aku nak membeli belah. So lebih kurang lima minit selepaas aku ronda-ronda dalam busana tue, handphone aku menjerit. "WOI, HANG KAT MANA?" Ade ke dengan salam tak bagi. Tetiba memekik kat telinga aku. So aku dengan selamba pon jawab. " Aku kat rumah lagi, korang dah sampai ka?" Korang boleh agak tak apa reaksi pemanggil tue lepas dengar jawapan tue. haha....

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik? Kerja pun tamat. Tambah lagi satu pengalaman dalam hidup aku. Lepas ni boleh la aku senang hati mendada kat depan lecturer yang suruh buat benda tue. Tiap kali masuk kelas jer "Have you do my assignment" Setiap kali! Haha... tak ker bingit telinga kitorang? 

Puasa nak dekat dah. Korang dah ganti belum? Yang mana belum, ganti la cepat-cepat. Kalau boleh perbanyakkan lah puasa sunat pada bulan nie and bulan depan. Semoga puasa kali nie lebih bermakna. Dan raya juga. :( Asal muram nie? Sedih la mak oiii.... huahuahua..... Nak balik rumah !!!! Homesick nih! Sabar yer Akashah Qi, In sya Allah pengorbanan anda akan dibalas. Berusaha! 




notakaki: Korang pilih yang mana? Kalau aku, putih kowt. Cantikkan ? :)





Tuesday 20 May 2014

Apabila Aku Mula Berkata-Kata

Gua sudah beli. 
Rumah baru. 
Kereta baru. 
Washing machine baru. 
Sekarang wa kena ubah cara wa berjalan.

kucing berjalan walking cat

Saya ada kembar.
Selalu gaduh-gaduh.
Cakar-cakar.
Tarik telinga.
Dia lain sangat dari saya.
Bencinya !

same twins serupa tapi tak sama


I tak boleh kena panas.
Kulit I sensitif.
Nanti ia menggelupas.
Gelap.
Youuuuu...
Mana masker I ?

cat kucing miaw masker


"Apa yang ko merepek oiiii!! sudah sudah la..... aku dah naik bosan! Nanti aku berhenti baca blog nie kang baru tau." Mesti korang cakap camtu kan :( haha...tak per aku faham. OK aku surrender, aku tak buat daaaa.... I give my word. I promise. (intro sahaja, tiada kena-mengena dengan hidup dan mati)

Dua perkataan yang aku Italickan kat atas adalah perkataan yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan juga kehancuran dalam hidup kita. Jangan pernah sewenang-wenangnya cakap benda tue kepada orang lain, terutama pada orang yang mengharap pada kita. Kalau korang selalu tengok drama dekat tv, banyak benda tue berlaku bukan? Dan korang tengok tak cerita tue sampai habis, apa yang terjadi? Kebanyakannya akan tamat dengan kesedihan, sad ending. Sebab apa? Sebab tulah 'I promise, aku janji'

Kenapa aku tetiba cakap benda macam nie? Sebab aku jugak pernah bagi janji pada orang dan aku jugak tidak menepatinya. So, meludah le langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Apa kesalahan yang kita buat, akan kita terima akibatnya. Kalau tak cepat, ianya lambat. Kalau tak di muka bumi Allah nie, kat akhirat. Jadi hanya bersedia. Mungkin pada waktu aku memberi janji tue, umur masih setahun jagung. Masih baru untuk memahami dunia. Kini, umur aku yang hampir nak masuk 20's nie, baru aku dapat belajar serba sedikit tentang dunia. Bagaimana ia bergerak, bagaimana ia berjalan, bagaimana ia berfungsi. Masih belajar.

Disebabkan janji aku pada seseorang itu, aku masih terkenang-kenangkannya. Sebab apa? Mungkin dia istimewa...Ewahhhh... nak berdrama ker kat sini. Tidak! Ia ikhlas dari aku. Pesanan yg ikhlas dari aku. Kepada lelaki di luar sana, jangan bagi janji palsu. Jika tak sudi, bilang tak sudi. Jika suka, bilang suka. Usah bagi harapan. dan juga kalau suka, 'Usah tunggu lama-lama. Nanti aku dikebas orang'. hahaha....ternyanyila pulak ^.^

Itu sahaja pada malam ini, mungkin aku tak layak bagi nasihat. Anggaplah ia sebagai panduan dari seorang yang pernah melalui dan merasai rasa janji tak ditepati yang mungkin balasan atas perbuatannya dahulu untuk korang yang mungkin belum pernah melaluinya lagi. Tiada manusia yang dapat lari dari membuat kesilapan. Jadikanlah kesilapan itu sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi. Power  tak ayat aku? TEEHEE...




notakaki: comelkan miaw kat atas tue...euwwww geram!

Monday 19 May 2014

Takziah kepada Keluarga Akli Fairuz

Tadi duk tengok TV tiba-tiba ada berita masuk dari Indonesia, jiran kita. Dekat jer tue mengenai kisah pemain bola sepak mereka Akli Fairuz meninggal dunia. 

Edisi Berita Akashah Qi - Pemain bola sepak Indonesia, Akli Fairuz maut setelah mengalami kecederaan parah ketika perlawanan bola sepak Sabtu  (10 Mei 2014).Menurut laporan dari wartawan Akashah Qi, pemain muda itu mengalami kecederaan yang serius akibat daripada hentakan kuat kaki penjaga gol pasukan lawan pada bahagian perutnya ketika beliau mewakili kelabnya Persiraja melawan PSAP Sigil di Stadium H, Dimurthala Lampineung . Akli segera dihantar ke Instalasi Gawat Umum a.k.a ICU Rumah Sakit Zainal Abidin. Namun, kami disahkan bahawa beliau meninggal dunia pada Jumaat (16 Mei 2014)



Dah...dah....cukup menggedik Akashah Qi. Sekejap nak jadi jutawan, sekejap nak jadi engineer, sekejap pramugara, sekejap pembaca berita, sekejap wartawan...itu, ini....aduyaiiii..... Apapun, beliau Akli Fairuz meninggal pada hari Jumaat. Orang cakap meninggal pada hari Jumaat nie elok. Semoga rohnya diberkati. Amin.... Al-Fatihah .




notakaki: Apa sebenarnya cita-cita aku ek?

Apek Merepek Dah Muncul !

Tiba tiba je emo apahal? Haha. Sorry sorry. Aku suka berlakon emo ni. Adeh. Kejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam aku beli beskot oreo. Erk. Okay. Fine. Takde kaitan. Kita bertemu lagi dalam rancangan memasak bersama minyak masak pinang tak berbatang serta biskut lutut cap harimau malaya.  Erk. Okay. Fine. Korang dah biasakan dengan merepek aku ni. Tapi korang jangan ingat merepek tak memerlukan bakat, ianya juga bakat, betul tak? Apek gitu gitu. haha... Bakat tuuu ! Boleh ? Haha.

Aku tak der modal sebenarnya nak tulis apa malam nie. Apa ek topik menarik sekarang?Aku malas nak search..... Kemalasan aku dah datang. Blog2 pon aku malas nak jogging. Wahhhhh.... bukan main malas tahap arnab nie +_+. Btw, semalam punya entry meletup kowt. The Worst Boyfriend Ever. Banyak2 entry aku letak, dier boleh jadi no satu. Nak dekat seribu jugakla korang tengok. haha....good2.....Aksi Che Ta dengan Zain pun boleh turun nombor dua. Salute korang. Itu menandakan korang memang sayang BF korang. Betul tak? Pernah dengar ayat "siapa tak sayang isteri oiiii"...pernah! Pernah! PERNAH! ?????? korang boleh lar tukar "siapa tak sayang boyfriend oiiii" haha...... walaupun boyfriend aku worst in the galaxy. tak gitu???  LOL ^.^

Sebenarnya malam nie aku nak rehat2 tengok TV. Dah lama buat camtue. Dulu zaman balik dari asrama selalulah buat camtue. TV paling besar kat ruang tamu tue aku yang conquer. Yang lain...shuh...shuh...shuh...!!! Aku halau masuk reban. Masa tue aku sorang jer yang ada kat asrama. So diorang pon ikut jelah kepala otak aku nie. Now, adik2 aku mula dah merangkak masuk asrama. Maybe diorang akn sambung perangai aku tue. Silap hari bulan, aku pulak kena halau masuk reban, pulang paku serpih la cik abang oiii... padan muka hang. Tulah sapa suruh tak nak jadi contoh yang baik !

K lah .... dah mula. Sory la korang baca tulisan merepek aku nie. Ehhh jap! Ada point la. Jadi abang yang baik. That is the theme for tonight. TEEHEE...


Budak Lelaki malas berbaring di sofa kerusi sambil tengok tv






notakaki: snack kat tepi, baring kaki bersilang, peluk bantal  tengok TV.
Di situ lah Akashah Qi ..hehe... ^.^



Sunday 18 May 2014

The Worst Boyfriend Ever

Today is English day. I'm tired to write a longgggg....LONG... writing. Let me rest yup! Ahaks...... Want to know something ?? Jeng...jeng..JENG ... I got my allowance today! YEAYYYY .. haha.. Don't be jealous k ;-)



On my BOOB  18XX
Epidemic of Un 'ROMANCE' tic 
One Zero Right ^.^
Two Zero Right ^.^
Tend to OVER React 
Because We Are Human The Trickiest Not To Find The Perfect Person Before The Perfect Person to Find The Trick 
Really Have Hard Time Saying I Love YOU 
"I Love Me TOO" 
and..... 
Three Zero Right ^.^
.

Gurls, do you have boyfriends like described above ? But you can't do anything ?  You can't leave him ? You might be still infatuated with him and thus unable to view him objectively, but try to snap yourself out of it. 

There hv some of my girl friend's who has boyfriend cases, see how weird the sentence is. From what she tell me, I can see that his BF has shown some of the popular symptoms including lack of empathy. Lack of remorse related to hurting others, superficial charm,  Disregard for the safety of self or others, Substance abuse, Persistent lying or stealing, Tendency to violate the rights and boundaries of others, Inability to make or keep friends. And etc..... I think u girls can list more than I probably. 

Honestly, I don't know if there is any effective treatment for boyfriend like that. For ur safety, for now, if u have boyfriend like that, you'll have to cut off contact with him for a while. Just for a while. Act like that you've been through hell because of that type of guy already. Make him realize how important you're in his life. But, after he eagerly persuade u that he want u back, go with him. Don't leave him like a crazy dog. It might cause a serious problem. 

This is just my opinion, see how ur boyfriend first if u want to make any action. Think the best solution base on what u know bout him. Pray more and understand better. TEEHEE..




                      notakaki: The most annoying boyfriend is actually the one that love you the most...  Am i right ?

Saturday 17 May 2014

Sapelah Dyana Sofya ? Tetiba Femes

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Majlisnya kecil tapi penuh dengan kesyukuran. Biarpun ada beberapa orang saja yang dapat datang, majlis tetap meriah. Majlis sambuatan hari jadi jer...tapi intro macam besarkan? haha... Actually, aku gembira dapat kenal kawan-kawan baru. Ade yang pernah terserempak tapi tak pernah tegur. So tadilah start malu tapi mahu adegan tegur menegur. Cantik jugak..hewhew....Btw, aku tabik dengan semua kawan-kawan aku nie sebab diorang sporting, gila-gila, sedia membantu, tak lokek senyuman dan mesra alam. Okay tak aku kipas diorang? Haha...Nanti belanja la yek ^.^

Aku telah diberikan mandat untuk menghias bilik yang dijadikan tempat sambutan ulang tahunnya yang ke 20. Suka tak suka, tu belakang kira. Haha. Aku ambil peluang tu sebagai menghargai kepercayaan dorang walaupun aku sendiri tak yakin dengan aku. Macam mana tu? Takpe takpe. Anggap ni sebagai cabaran sebab dalam dunia nie, kadang-kadang,  kita kena lakukan tugas yang kita tak tahu macam mana nak buat, tugas yang kita tak suka, tugas orang lain tapi orang tu tolak kat kita dan sebagainya. Kita tak boleh memilih sangat.

Masa sembang-sembang terkeluar nama Dyana Sofya. Aku pon terpinga-pinga. Sapa tue ? member sebelah dah cuit bahu aku bila tengok muka aku blurr semacam je . cover la sikit . Perlahan-lahan aku capai phone and search, anak siapa Dyana Sofya nie? Sekali search je...trus keluar nama Dyana Sofya. Waktulah aku realize yang dia hot topic sekarang.

But aku tak tahu siapa Dyana Sofya. Nama macam nama glamour. Artis ker? Cari cari, Dyana Sofya binti Mohd Idris. Cantik orangnya. Tetapi, kat sebelah dia ada gambar berbikini. Ah Mai Gad.....!!!! Asal bleh jadi camtue? Semuanya adalah permainan politik Malaysia yang 'matang'.

Dyana merupakan seorang ahli politik yang baru diura-urakan bakal menjadi calon DAP bertanding di Adun Kecil Teluk Intan. Dia pernah menjadi Setiausaha Politik  Lim Kit Siang. Hebatkan wanita cantik nie? Mukanya macam kecinaan sikit, tetapi dia berbangsa Melayu.

Dyana nie seorang graduan undang-undang dari UiTM. Disebabkan ini, beliau dihemtam teruk akibat pertikaiannya yang menyatakan why UiTM untuk orang Melayu jer. Dyana dilabel sebagai 'Melayu tak kenang budi' oleh segelintir musuhnya. Korang tak dapat agak ker sape musuhnya? Dia orang DAP, so musuhnya orang DAP atau PR jugak ker? 

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan
sameker ? perluker cakap macamtue ?

Orang cakap, dia nie berbeza dengan maknyer yang dikatakan orang kuat UMNO kat Ipoh. Disebabkan mainan politik, family pon dimasukkan sekali. Ishhh....3x

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan TWITTER
statement Dyana

Tapi bagi aku, isu bikini dah over la. Ade ke patut cakap orang yang tak buat benda tue buat benda tue. Apa nih???? Lantakla, actually aku dah pening kepala and penat pasal perah idea nak hias bilik birthday tadi. Tambah pulak baca isu Dyana nie kat blog2 lain  Banyak fakta yang berlainan. Aku tulis fakta yang safe, yang sama je kat sini. Of course la berlainan Akashah Qi,. Kan ada dua side kat Malaysia nie. Benda nie diwujudkan pon sebab tujuan politik jugak. Apalah. tengoktak betapa peningnya aku sekarang. LOL.

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan TWITTER
post Dyana di Twitter

Setiap bidang ada kebaikan dan keburukan. Kalau korang nak pilih kerja yang baik jer, alamatnyer tak bekerja la korang seumur hidup. Politik, hiburan, penerbangan, perubatan... semuanya ada kelebihan masing masing, tak kurang kekurangannya. So, apabila kita dah pilih tue, kena lah terima risikonya. Paling penting niat kena betul, kalau first niat pon tak btol, hancuslah semuanya. TEEHEE...




            notakaki: Korang bacalah statement dalam gambar sekali ek...hehe...

Alahai Yuna ......

GOSSIPPPP.GOSSIPPP....Gossippp.GOASHHHHH......dush...dushhh.DUSHHHH...!!!Korang dah bersedia nak dengar? Siapakah gerangan insan bertuah pilihan kali ini? Yang BERJAYA mencuri tumpuan Akashah Qi? haha...bajettnyerrr! toink!!

"Penyanyi kesayangan ramai yang berjaya mengembangkan sayapnya ke Hollywood dikritik hebat kerana berpakaian seksi" Itulah salah satu petikan yang ada pada entry sebuah blog gossip ke laut Malaysia. Jeng...Jeng..Jeng... tapi tak best la ,mesti korang dah tahu kan??? taknak bagi tahu la...huhuhu..... >merajuk<   TETIBA >>>>> Nak kena sepak ka? Doing2x ...ahhhh...

Time aku gi 'ronda ronda Kuala Lumpur' tadi, aku terbaca la satu artikel ni. Penyanyi bertudung tak litup,YUNA menjadi bahan kritikan ramai. Mak oiiii...bahya tue. ASAL? kORANG TAK TAHU KE? Googlela....HIHI >>>>>> NAK KENA SEPAK LAGI KE?? Doing2x


Asal Akashah Qi terlebih aktif nih? haha..... I baru lepas makan Tongkat Ali la you...euwwww.....Yuna dikecam sebab memakai baju nampak pusat. Lihat dibawah....


Yuna Dikecam Pakai Baju Pakaian Seksi

Nampak ke pusat???? Nie menjadi satu kemusykilan. Apapon, korang dapat tangkap x apa yang tak kena pasai gambar tue. Cari benda yang tersembunyi...haha....Bagi aku, Yuna seorang publik figure, seorang artis muda yang berjaya, malah boleh juga dikatakan menjadi ikutan ramai gadis di luar sana disebabkan gaya freshnya bertudung. Pernah suatu ketika dahulu, tudung Yuna menjadi satu fenomena dan trend dalam feshen pakaian muslimah. 

Disebabkan beliau seorang artist dan ikutan ramai, eloklah kiranya jika berpakaian elok sedikit. Walaupun ada yang mengatakan pakaian tersebut tidak menampakkan pusat, tetapi ianya ketat. Menampakkan tubuh indah seorang wanita. Dalam Islam, menutup aurat diistilahkan sebagai menutup dengan sempurna bahagian2 tubuh yang tertentu daripada pandangan ajnabi (org yg boleh kawin dgnnya) . Antara tujuannya adalah untuk menjaga keaiban dan mengelakkan fitnah.

Korang boleh tengok gambar kat atas. Adakah ianya menutup? YES, ianyanya ditutu.Tetapi ianya tidak sempurna. Kenapa ianya tidak sempurna? Sebab ia ketat, nampak susuk tubuh badan.Faham x? Jadi, ia boleh dikira sebagai tidak menutup aurat bagi seorang wanita. NIe pandangan aku untuk tudungnya pula. Bukan aku nak condem ke haper, aku nak bagi pandangan. Im free to give any opinion here. So you too. Aku amat mengharapkan pandangan daripada pembaca2 sebab mungkin ad salah faham or kesalahan yang aku tak sengajakan. 

Bagi tudung Yuna pula, its not fully recovered the aurat in Islam. Memang tudung tu tutup kepala, ang rambut But kadang - kadang kalau korang perasan, tudung sebegitu boleh menampakkan helaian rambut kat bahagian telinga. Betul tak? Aku cakap nie sebab aku pernah nampak. But its not I usha2 girl tue ek 'Ternampak' hehe.... Satu lagi, tudung macam tue sangatlah ketat, nampak leher dan mendedahkan dada. Actually, anggota seperti telinga, rambut, leher dan dadalah yang wajib dilindungi daripda penglihatan kaum lelaki. Kalau boleh, pakailah tudung yang fully tutup semua anggota kat atas tue. Nak berfesyen bleh, tetapi biarlah betul.

So, setakat nielah potpetpotpet aku pasal Yuna. Harap Yuna boleh memperbetulkan keadaan. Semua manusia ada silapnya. Aku suka komen peminat Yuna kat bawah nie. Nampak sangat dia disayangi peminat dan komen tersebut nampak sangat dari org yang matang. Macam tuelah kita kalau nak berkomen, beri komen yang membina, jangan menghina. Slam syg Akashah Qi.TEEHEE...


Yuna Dikecam Pakai Baju Pakaian Seksi





                           notakaki:Aku suka lagu Yuna dengan Owl City, Shine, Shine Your Way.....



Britain's Got Talent 2014, Malam Nie !

Wah. Apahal kat songkok ada bunga berjuntaian tu? Oh. Dia lalu kat taman bunga tadi kot Tetiba bunga tu tersangkut kat songkok la tu. Percayalah. Haha....Kes semalam masa nak pergi sembahyang Jumaat, ternampaklah kitorang seorang muslim nie, pakaian dah ok, tetiba dekat kopiah hitam macam songkok dier tue ada bunga. Aku rase bukan kitorang je je yang perasaan benda semua, semua jemaah yang datang kat masjid tue perasan. Apekehal tue. Fesyen baru ke?

Yang kesiannyer, tak der sape yang nak tegur. Kitorang pon same..hehe...x beranila...Erk. So, sampai ambik wudukla mamat tue bersongkok bunga. Masa die letak songkok atas para, baru dier perasan. Then, aku perhati, muka dier terus merah. Malu la tue....haha

Just balik dari sembahyang ,otw nak gi makan aku belek-belek la news. Aku terjumpa satu news kat Daily yang berkaitan dengan program rancangan kegemaran aku. 'tut' Got Talent. Tak kira lak, Britain, Amerika ker, China ker, Thailang ker  ...asalkan ada je  perkataan Got Talent, akan aku tengok. Aku tengok kat mana? kat internetlah.... Mana ade China and Thailand GT kat TV.

Britain's Got Talent pernah menghasilkan star  terkenal seperti Jonathan and Carlotte, Susan Boyle William Richard. Susan Boyle merupakan favourite contestant aku masa Britain.s Got Talent 2009. Korang pernah tengok video dier? Tak pernah? tak per, di sebabkan Akashah Qi nie baik, korang tengok la kat sini. haha...angkat bakul betullah!!. :p Video tue mampu membuatkan sesiapa yang tengok mengalirkan air mata. And video tue ade dalam phone aku, tiap kali aku rasa down, aku akan tgk video tue. SEyes...


Britain's Got Talent 2009 Susan Boyle


Berita dalam Daily News tue mengenai BrItain's Got Talent musim baru nie 2014.yang akn bermula malam nie. Ada sorang contestant tue, Ed Drewett yang diorang cakap merupakan 'satu penemuan baru'. Maksudnya, dia, Ed ni merupakan muka baru yang bakal menggegarkan dunia dengan muka dan suara die yang hot tue. Benda sebegini memang banyak berlaku dalam history GT nie, kalau korang ikuti musim demi musim GT nie, mmg bayak actually nama-nama yang kita tak kenal, tetapi dialah yang menjadi tulang belakang kepada penghasilan lagu-lagu hit seperti Wanted All Time Low dan Happy You Came.


Britain's Got Talent 2014 Ed Drewett


Ed Drewett nie pernah menjadi penulis kepada band terkenal UK One Direction, Lagu yang dia cipta adalah 'Glad You Came' and 'Best Song Ever'. Dia jugak pernah dapat anugerah platinum untuk lagu yang dinyanyikan oleh X factor's star, Oily Murs. Bukan tue je, Ed nie jugak pernah menyanyi dalam single rapper Proffessor Green yang pertama, I need You Tonight. So berdasarkan semua nie, korang boleh tengok kan betapa berbakatnya Ed Drewett nie dan disebabkan sebelum nie dier hanya berada di belakang tabir, now lepas Britain's Got Talent realizes, diorang terus sambar dan menjadikan Ed macam rakyat biasa yang tak tahu apa, datang BGT audition dan wow...hebat. Its cliche

So, kat sini,bg aku, apa yang BGT tue buat adalah satu tindakan yang betul sebab dier nak mempopularkan seorang yang ada bakat. Tidak salah mempopularkan orang yang ada bakat nie. Daripada bakat dier terdiam macam tue je baik guna buat duit. Tetapi tidak perlulah melabelkan Ed nie sebapai penemuan terbaru. Bak kata orang yang mendedahkan nie, yang jugak merupakan BGT punya orang dalam "You can't pretend this guy is a  discovery or that he's out of nowhere" TEEHEE...

Britain's Got Talent 2014





                                                    notakaki: Running Man pon?

Friday 16 May 2014

THROWBACK. BFF Aku Masa Kecik

Wah. Wah. Wah...... Pepandai engko guna ubat gigi aku. Patut ler aku check hari ke hari benda tue makin mengurang. Memangla benda yang digunakan akan makin mengurang, tapi kurangnyer ubat gigi aku tue macam pelik sikit. Aku tak der la sampai empat lima kali pegi duk depan cermin tonyoh gigi aku. Dua kali sehari normalla. Tapi, pengurangan ubat gigi aku tue macam ade entiti lain yang guna. Siapakah diaaaa ? 

Gud Morning semua... Korang dah baca blum entry aku sebelum sebelum nie? ha, pi baca sekarang!!! haha....Pecah rekod bulan ni, aku tak tido dalam masa satu hari! Haha. Pagi tadi aku pi dok depan meja buat benda alah port folio untuk kelab tue. Dah nak kena observe ni, macammana aku tak gelabah..habis botak kepala aku. Aku kena memikirkan aktiviti yang nak dibuat sepanjang semester depan . Dan update aktiviti semesta lepas. Tulah lah.... orang suruh kau buat laporan setiap bulan kau tak nak . Padan muka. Lepas sembahyang Subuh, aku terasa macam banyak la idea kuar. Folio pon dah siap. So, boleh ah nak spend masa lebih dengan blog tercinta ni. Hurmmm... Blog ni la tempat aku mencurahkan segala perasaan aku. Konon konon ah kan ;)


Okay. This is going to be a short entry. Nak kongsi something dengan korang. Benda nie berlaku dah lam, hampir sepuluh tahun yang lalu. Masa tue, kalau tak silap kepala aku yang bijak nie, aku darjah empat. Time  rehat, aku tak pergi rehat sebab aku kena hantar buku log book kedatangan kat office . Then, aku balik kelas sebab nak siapkan poster yang Miss J suruh buat minggu lepas, hari nie kena hantar. Time aku balik kelas tue, aku ternampak sorang pelajar perempuan tengah bawak tali warna-warni. Aku tanya ah nak buat apa dengan tali tu, nak buat anyaman ketupat ke. "A.a, anyaman ketupat!" Adeh. Boleh pulak dia tipu aku? Haha. Terang terang dia tipu part anyaman ketupat tu haaa... =.= Sebab benda tue bukan daun yang nenek aku buat untuk anyam ketupat, tue macam tali ikat mata kail. Tapi lembut.


Next, pelajar perempuan tu kata nak buat tali nama dia dengan tali tue Masa tue aku memang tak kenal pelajar pompuan tue. Aku tegur sebab aku tertarik dengan tali yang warnanya cantik tue. Hussshh...Erk. Jap..korang ingat tak masa korang sekolah dulu? Masa tu famous dengan tali nama ni. Ingat tak? Adeh. Macam mana aku nak terangkan ek? Okay. Macam ni, tali tu kena lilit kat something yang keras, like cardboard. Tapi bukan lilit laju laju macam tu je! Sambil lilit tu, siap kena buat huruf huruf yang akhirnya akan membentuk satu nama. Faham tak penerangan aku yang super terperinci ni? =.=

Korang boleh faham kan?..... korang bukannyer budak bandar sangat pon, Aku jamin budak bandar pon pernah buat benda tue. Then aku pergi ikut dia ke taman tepi toilet tue. Dia pandang semacam jer kat aku. Yerla kan, orang tak kenal, tiba-tiba ikut sape tak pelik. Jelingan mata dier kalah Ziana Zain.Pastu aku cakap la, nama aku. kelas mana.. Aku kata aku nak belajar buat bnda tue. "K fine, tengok jer tau, jangan banyak soal." So secara automatiknya kaki aku tertutup rapat kepala mengangguk. Garang jugak budak nie. So, dia start la lilit batang aiskrim tue. Dia guna batang aiskrim waktu tue. background clour hitam, tulisan warna putih . Memang tak kreatif budak nie....hahaha.....aku meneliti dengan penuh ketelitian tahap maksima sampai aku terlupa aku kena buat poster Miss J. haha... Hampir lima minit, nama dia siap. Cantik, first time aku tengok. A.L.I.A. Oh, nama dia Alia.....

Then ,secara bergurau edisi malu tapi mahu, aku cakap ah cer try buatkan nama aku pulak kan. Haha. Tak sangka pulak Alia yang garang tue boleh terus nak siapkan waktu tu jugak. Tapi, dia suruh aku cari batang aiskrim dulu. So apa lagi, aku gi la kantin beli aiskrim. Kat situ aku nampak Miss J  tgh makan. Haha...aku boleh buat selamber jer tegur, Assalamualaikum cikgu. Aku berlari ke Alia sebab takut die marah sebab lambat. Dia still kat situ. Aku makan, then basuh batang aiskrim yang tertinggal. Adeh. Aku taku tak siap je sebab masa rehat nak abis dah. Tapi dia berjaya siapakan nama aku sebelum rehat tamat. Wow! Pantas gile dia buat! Tak sampai 5 minit kot? Aku rasa macam tak sampai 5 minit. Anyway, thanks to her! Why? Because of her, aku belajar sesuatu yang baru hari tue. Because of her jugak, aku kena denda kat luar kelas sebab tak siap poster Miss J.

Lepas je dari peristiwa tue, aku terus jadi bff dier. Aku rapat secara automatik. Nak dijadikan cerita, dia duk satu kawasan sama dengan aku. So petang-petang lepas kelas KAFA kitorang selalu la berjumpa buat anyaman tue. Di sediakan tali. Aku sediakan batang aiskrim. Happy go lucky tak kitorang. Now, aku terputus hubungan dengan dia. Dah lama tak jumpa sebab start sekolah menengah ,aku gi asrama. Mungkin sekarang dier dah jadi gadis ayu dah. Kalau ko baca entry nie. cepat-cepatla tinggal nombor tepon ek. Bole kita buat tali lagi. TEEHEE...






notakaki: korang mesti ada pengalaman sweet macam nie kan ..ehem.ehem...^.^

Naik Lagi ? Selepas GST dan Minyak ?

Hari tue mak aku tepon sebab rindu katenyerrrr. Masetue dier baru jer balik dari pasar pagi. Rasenyer nak membeli barang-barang dapur la tue, Usually weekend anak kesayangan dier yang sorang nie je yang akan ikut. Yang empat orang lagi tue masih dibuai mimpi. So, takde aku, terasalah kehilangannya sekejap. 

Dalam-dalam berbual tue, tertanya " Umi, x risau ke? Barang semua dah naik nie. Semua ok ker?" Ingatkan dengan nada redhanyer mak aku akan jawab "Ala.... nak buat macam mana. Kita terima jelah...." Namun, tekaanku jauh meleset. " TULAH....TOMATO UMI BELI, DUA BIJIK TIGA HINGGIT, ADEKE PATUT" hahahaha.... Memang! memang mak aku! Sentiasa bersemangat dan bertenaga walaupun waktu dier call tuh,  jam di handphone masih menunjukkan 8 pagi. haha .... umi...umi...

Ha....memang aku nak komplain pasal harga barang naik nie. Waktu harga minyak naik, barang naik harga $0.20-$0.50 sen. Pasti ditambah dengan GST (Golongan Susah Tertindas), harga barang naik $0.10-$0.30 sen. Waktu tue, memang seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan. Pelbagai kempen diadakan, bantahan aman dijalankan, tetapi kerajaan masih berdegil mengekalkan GST pada hampir kesluruhan barangan runcit. Tahun ini, timbul pulak isu tarif elektrik ditingkatkan. Apa kes nie ? Kau nak naikkan semua sebab kau nak cover hutang negara yang kini bernilai RM 622,022 billion.

Perdana menteri mengatakan bahawa kenaikan kadar tarif elekrik terpaksa dibuat bagi melindungi TNB drpd berdepan kerugian dan juga melindungi pekerja-pekerjanya yang berjumlah hampir 34,900 orang. Ia juga dikatakan sebagai langkah panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi penggerak tenaga elektrik negara. Baca nie ; 

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian.
( A )
Kemudian baca ini: 

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. TNB untung RM 4.60 juta. Besar tue.
( B )




Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. TNB untung RM 1.7 billion Besar tue.
( C )


( A ) Keratan berita daripada Berita Harian bertarikh 16/5/2014 iaitu hari ini. Berita memaparkan bahawa  TNB perlu menaikkan tarif elektrik untuk mengelakkan daripada syarikat tersebut maengalami kerugian. 

( B ) Keratan  berita daripada juga Berita Harian, namun tarikhnya berbeza, 31/10/2013. Tujuh bulan sebelum keratan ( A ) dikeluarkan. Menyatakan bahawa TNB untung sebanyak RM 4.61 billion bagi tahun kewangan 2013.

( C ) Keratan berita dari akhbar yang namanya aku tak pasti, tarikhnya juga tidak dapat dipastikan. Keratan ini didapati daripada DrMAZA yang merupakan seorang pensyarah USM yang bergelar Professor  Korang boleh klik di sini.kalau korang tidak percaya. Keratan 'misteri' ini (aku malas nak cari sumber sebenarnya) menjelaskan bahawa TNB rugi RM 1.7 billion ? Tidak, UNTUNG ! ( P.R.O.F.I.T ). 

Persoalannya:
  1. Bagaimana Mr. Perdana Menteri boleh cakap yang kenaikan tarif elektrik adalah untuk 'melindungi' TNB mengalami kerugian setelah syarikat MONOPOLI tersebut mencatat untung yang besar pada tahun lepas?
  2. Jika TNB dikhuatiri rugipon, mengapa? Berikan sebab kepada kami. Hal ini adalah agak mustahil sebuah syarikat MONOPOLI dan hanya bergantung pada sumber semulajadi untuk mengalami kerugian dalam tempoh masa yang singkat sebegitu.
  3. Bagaimana kerajaan boleh tahu bahawa TNB bakal mengalami kerugian kerana perkataan 'melindungi' itu bermaksud kerugian belum lagi berlaku ?
  4. Adakah ini hanya mainan politik, menggunakan rakyat bagi menutup hutang kerajaan yang tertunggak hampir sebelas tahun itu? di sini


Aku tidak pernah berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana belah pihak dalam urusan ini. Aku hanya inginkan jawapan yang jawapannya hanya mereka yang berkuasa sahaja tahu. Namun, kita juga rakyat punya akal untuk berfikir secara logik, rasional dan teliti berdasarkan apa yang kita terima. Ramai juga di antara rakyat yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, mereka boleh menganalisis situasi yang berlaku dalam negara ini. Ramai rakyat. Semua rakyat berharap agar bebanan kos kehidupan yang melanda sekarang dapat dipulihkan. Jangan biarkan terutamanya golongan berpendapatan rendah terbeban dengan masalah ini sehingga ada yang sanggup melakukan perkara yang tidak matang. Semoga kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan yang mengambil berat tentang kegembiraan dan kesengsaraan rakyatnya, kerana itulah objektif sebenar sebuah kerajaan.TEEHEE...






notakaki: mula2 casual mood, pastu serious mood. Period ke? haha...