Wednesday 14 May 2014

Nak Kulit cantik ? Amalkan Tips Nie Sebelum Tidur

Asyik online jer ko nih! Aku sendiri yang marah kat diri sendiri. Pernah korang buat macam tue? Nampak tak betapa penting diri aku pada aku? "Apa nih?" Mesti korang - angkat tangan, geleng kepala, mata ke atas. hahaha.... Jangan la macam tue, nanti sapa nak baca LICIA pulak. Jap! Korang tahu tak apa tue LICIA? Jeng-JEng-JENG ...... (LelakI Comel Itu Aku) a.k.a LICIA. Ok tak shortform tue? Okla kot. Dah jangan banyak komen. "Saya penuis blog nie, jadi saya yang berhak bubuh nama apa-apa pon". Bajet kan Akashah Qi. Haha....

Setelah penat online, mata pon dah mula mengantuk. So kat sini, hamba ingin menitipkan beberapa tips yang boleh korang ikut sebelum korang pejamkan mata. Tip-tip nie memang aku buat semenjak aku duduk kat hostel lagi. Selain ianya untuk mendapatkan tidur yang baik, banyak lagi kebaikan diperoleh. Antara kebaikannya adalah:

  1. Membantu korang untuk mendapatkan tidur yang baik dan sihat.
  2. Tidur akan sentiasa diberkati kerana malaikat menjaga kita dari terpejamnya mata, hingga terbeliaknya mata akibat alarm ringtone.
  3. Dapat mengelakkan daripada mimpi yang datangnya daripada syaitan. On the other hand, mungkin akan datang mimpi yang datangnya dari Yang Maha Esa.
  4. Dapat membantu merehatkan sistem pengaliran darah serta sistem badan yang lain.
  5. Dapat mengekalkan awek muda, kulit menjadi bertambah baik dari hari ke hari.
So, antara banyak-banyak faedah kat atas, korang paling suka yang mana? Mesti no. 5 kan? Me too... hehe. Untuk mendapatkan apa yang ternyata di atas, perlulah mengambil masa sedikit. At least seminggu. So, buat tip-tip di bawah secara konsisten a.k.a istiqamah sepanjang hayat korang. In sya Allah, umur akan bertambah. Badan semakin sihat. Muka semakin berseri.

  1. Pandang kedua wajah ibu bapa sebelum masuk tidur. Pada yang masih mempunyai kedua ibu-bapa seeloknya biasakan diri pandang rupa mereka sebelum tidur sebab pada aku, kita takkan tahu ia mungkin kali terakhir kita dapat menatap wajah mereka. Kalau siapa yang duduk berjauhan dengan ibu-bapa, yela mesti study jauh kan, so apa yang boleh dibuat adalah kirimkan sms je pun cakap "selamat malam mummy & daddy love u both so much ! " haaa boleh kann ? Kalau sebelum tidur  sms gf/bf boleh. Takkan sms mak ayah tak boleh kot. Tetapi, janganlaH hari-hari. Bukan sebab mungkin ibu bapa kita annoyed. Tapi, habislah kredit phone. Nak buat pon xper, tak der masalah. Kalau aku, aku just tengok frame photo atas almari tue jer. Dah cukup.
  2. Muhasabah diri dengan memaafkan orang yang menyakiti  kita.Sebelum tidur tu kann..lebih elok kita maafkan orang yang sakitkan hati kita. Maafkan jela walaupun rasa teramat sakit pun hati kita. Orang yang buat salah pada kita tu pun manusia jugak kan, tak lari buat kesilapan.  Ada perkara yang mudah kita mudahkan je. Tidak  berguna simpan rasa marah dalam hati tu. Lama-lama nanti banyak titik hitam dalam hati tu dan makin busuk pulak. So mari kita amalkan slow-slow ye.                                           
  3. Ambil wuduk. Baca tiga kul. Baca selawat pada Nabi Muhammad. Baca Syahadah. Baca Ayat Kursi. Dan sapukan dari hujung kepala ke hujung kaki. Ini semua adalah untuk mengelakkan gangguan syaitan yang menempek kat kita sebelum tidur tu. Ini juga untuk memanggil malaikat untuk menjaga kita sepanjang tidur. Kalau kita mati dalam tidur pun, mati itu mati yang baik. In sya Allah.
  4. Akhir sekali, minim air segelas sebelum tidur. Nie saya amalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri Sewaktu kita tidur, semua organ kita termasuk darak berada dalam keadaan rehat. So, waktu tulah, air yang kita minum mengambil alih untuk menyuci darak dan bagi oksigen pada kulit. Kalau korang nak tempek produk-produk malam pun, terpulanglah. Tapi, air jangan lupa minum. Bagi perempuan ,sebelum tidur tolong elakkan memakai bra. Please take it to a positive side okay. info yang pernah aku baca dulu adalah  Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari dan  ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.“ Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara anda adalah tanpa memakai bra ketika tidur. so better korang usaha menghindar dari timbul penyakit yang ramai tak nak iaitu musuh utama wanita: Breast Cancer.

Minum Air Ibu Bapa Saling Memaafi Wuduk



Tamatlah sudah empat perkara yang korang perlu buat sebelum tidur. Tak banyak. Mulakannya hari ini! Tidur perlu untuk kita meneruskan hidup  Jangan tak tidur sebab main dota plak. Habis hitam keliling mata, dark circle. Oklah, untuk mengelakkan perkara tersebut darpada berlakunya pada aku, aku chau dulu.TEEHEE....





notakaki: Yang pasal bra tue, actually aku malu sikit la, betul ke? tak kan tak pakai kowt... ^.^

3 comments: