Friday, 16 May 2014

KETUMBAIT ? Lawak Antarabangsa

Ketumbait? What??? Apa tu? Haha. Ketumbait oh ketumbait. Kaitan dengan apa ni? Isk... First time aku dengar, memang gelak habis-habisan la. Kelakar. Cuba korang sebut perkataan tu kuat-kuat.... Haha. Korang rasa apa benda ketumbait tu? Ketum + Bait kerrrrr ??? Hahaha ..... 

Benda nie terjadi waktu kitorang, I and my friends pergi makan. gedikkks..... Kat meja makan, tetiba ada sorang minah A yang merupakan kawan sekelas aku jugak datang join sekaki. Then, dia duduk depan mamat B nie. Bila dia duduk, so lebih jelaslah muka dier kat depan kitorang nie. Suddenly, kawan aku mamat B nie terpandang muka minah A tue lalu dengan spontannya dia bertanya "Apa kat mata awak tue?" Minah A letak sudu, selak rambut, then dengan gayanya yang 'tersendiri' menjawab "Oh ini. Iniiii namanyaaa...... KETUMBAIT. I baru perasan pagi tadi. Eeeeiiii...terukkan?" Hampir nak tersembur aku dibuatnya. Kawan2 aku yang lain semua buat mata besar then tutup mulut dengan tapak tangan, tahan gelak. 'KETUMBAIT' ? First time seumur hidup aku dengar perkataan tue. Sudu aku letak ke meja. Air aku angkat. Juga menahan gelak di sebalik gelas berisi air kosong tue.

Sebenarnya, minah A yang duduk dgn kitorang tua adalah minah yang paling versatile + trendy + hot kat situ. Bila dia masuk kelas, bau 'lelaki' kelas kitorang tue terus bertukar jadi bau Chanel . Almaklumlah, semuanya bakal engineer, so ramailah lelaki dalam kelas tue. Berkenaan dgn minah A tue, semua pasal dier dah ok, tapi yang slacknyer adalah cara percakapannyer. Aku tak tahu lah kalau-kalau mungkin dier dibesarkan di negara orang putih tetapi namanya nama Melayu dan berbangsa Melayu campur, mungkin. Atau mungkin, dier memang dah terbiasa cakap macam tue sejak dier dalam stroller lagi. mungkin. Atau juga kemungkinan, dier hanya bercakap macam tue je di depan lelaki, di belakang, lagi pekat dari Che Mah makan budu. dan juga mungkin. 

Masatue adalah pertama kalinya aku merindui kelas. Aku nak sangat ada kelas. Aku akan mampu berjaga sepanjang kelas Mr. X. Aku mampu. Asalkan aku boleh beredar dari situ. Masing-masing diantara kami dah menjulur-julurkan kepala ke selatan, melawan arah minah A.. Isyarat untuk segera beredar. Takut terlepas gelak di situ. Takut juga 'tergoda' dengan kemanjaannya. Akhirnya, masing-masing beredar selepas habis mkn kira-kira 10 minit kemudian. Sepanjang sepuluh minit tue, ada juga perkataan yang membuatkan kitorang tersenyum kambing, hampir tegelak, tetapi berjaya ditahan. Namun KETUMBAIT adalah juara. Tiada yang dapat mengalahkannya. Minah A bangun dahulu dan beredar menunjukkan ciri gentlemen pada kami bertiga.

'KETUMBAIT' menjadi bahan lawak kitorang sesampai saja di rumah. Memang pecah rumah kitorang gelak mengenangkan kembali kekonfidenan minah A tadi menjawab soalan mamat B. "iniiii namanyaaa...... KETUMBAIT" Esok macammana lah kitorang nak berhadapan dengannya. Buat cuti sendiri mungkin ? Tidak mungkin ! TEEHEE....


Budak lelaki ketawa di dalam kelas

Perempuan gedik dan annoying. Kuat bercakap dan mengada-ngada


notakaki: Apa korang buat kalau korang ada kat tempat kitorang?

Gaji Engineer Offshore - Nak Masuk Oil & Gas Lah

Hadoi. Sakit woi. Aku pergi main badminton tadi dengan beberapa orang member. The most amazing thing happened to me there. SAD :( Korang tahu kan tempat duduk pengadil badminton yang tinggi tue yang dalam orang putihnyer dipanggil umpire chair. Urm, nak dijadikan citer, tgh-tgh main, shuttle terkeluar court dan mendarat betul2 kat atas umpire chair tue. Masa aku panjat nak amik shuttlecock tue, secara rasminya aku tergelincir sebab tersalah pijak anak tangga kerusi tue. Lalu, tergolek la aku jatuh ke bawah. Nasib baik kerusi tue tak terbalik sekali kat aku .Kalau tidak, tak der la post nie sekarang. Alamatnya kat student room la aku. hehe....

Teringat lecturer pernah cakap, kalau kitorang nak jadi engineer, pilihlah engineer yang kerja kat offshore. Tak kiralah apa jenis engineer, pilihlah kerja yang dapat berada di offshore. Bukan sebab best duk tengah laut, sebab gajinyerrrrr....haha. So, dalam kebosanan malam ni, saje-sajelah cari maklumat tentang gaji engineer offshore kat internet. Manalah tahu suatu hari nanti Akashah Qi dapat kerja kat offshore ke. Mesti ramai gadis sunti di luar sana yang akan terkejar-kejar kat aku...haha...ke situ pulak dah. Erk :p

Sejak zaman aku sekolah menengah lagi aku dah dengar orang kata gaji engineer dlm bidang oil & gas adalah sangat tinggi. Dan antara gaji engineer dalam bidang oil & gas paling tinggi adalah dari company Schlumberger. Berdasarkan apa yang aku dengar dari pak cik 2x aku, orang Schlumberger ni kalau jumpa kawan, mesti dia yang belanja. Pada mereka, kalau org lain belanja boleh jatuh air muka sebab income diorang byk sangat. Ade ke macam tu pulak...haha. Kalau macam tue, lepas habis belajar nanti, aku nak duduk di kawasan Head Quarter Schlumberger yang ada kat Houstan atau Paris tue la . Nanti, boleh dapat housemate orang Schlumberger. Hari2 tak payah aku keluarkan duit nak makan. Diorang yang belanja. Haha....

Ok, berhenti mengarut. Untuk pengetahuan korang semua, gaji field engineer di Schlumberger, average dalam RM20,000 sebulan. Aku juga difahamkan yang RM20,000 dah termasuk elaun bekerja offshore yang dibayar dalam USD. Kerja 4-5 tahun dah boleh jadi jutawan. Basic salary pula adalah dalam lingkungan RM6,000 – RM7,000 sebulan. Hebat tak? Nak kerja kat sana? 

Nak kerja kat Schlumberger bukan mudah, tapi tidak mustahil. Sekarang kita kecilkan pulak skop. Kita tengok pulak syarikat minyak negara kita, PETRONAS bagi kat engineer diorang. Berapa pulak orang PETRONAS dapat? Alang-alang diorang dah umum keuntungan sebelum cukai untuk tahun 2013 yang berjumlah RM95 billion, let’s find out.

Untuk junior executive, dalam RM3,000 – RM4,000 sebulan. aku andaikan junior ni adalah fresh graduate. Memang seronok macam ni. Selepas graduate je dapat nikmati 3k-4k sebulan. Dapat aku beli iPhone 5s. Untuk lain-lain jawatan:

  • Process Engineer - RM 5,000 sebulan
  • Reservoir Engineer - RM 5,000 sebulan
  • Instrument Engineer - RM 7,000 sebulan


Dan aku juga difahamkan bahawa bonus tahunan PETRONAS boleh mencecah 7-8 bulan. Pengsan :S. Walaupun ada yang cakap dah ditolak cukai tinggal 5-6 bulan punya bonus, jumlah 5-6 bulan tue banyak la jugak. Mana nak cari kerja + bonus sebanyak tue. Kira dah elok la tue dengan kos sara hidup sekarang ni.

Itu PETRONAS, belum dikira Shell, Exxon-Mobil, BH dan lain-lain. Kalau korang nak tahu syarikat-syarikat hebat dalam bidang oil and gas nie, korang baca Entry nie. So, aku berharap, info yang diberi nie bermanfaat untuk korang. Bila korang dah jadi engineer kat Schlumberger nanti, jemputlah aku jadi housemate korang yer, Paling tidak pon belanja la makan kat hotel mewah. Aku teringin sangat nak makan kat Four Season Hotel. TEEHEE...




notakaki: Kalau buat korang nak tubuhkan syarikat jual burger, korang guna nama Schlum Burger. Nanti senang kerja promotion korang ^.^





25 Syarikat Minyak Terkaya Dunia, PETRONAS ?

Sebelum nie aku ada tulis mengenai kerja kat offshore gaji nya amatlah tinggi. Entry ni. Sebab apa korang rasa macam tue? Nie aku nak bagi jawapannya. 

Minyak adalah sumber semula jadi yang Allah SWT ciptakan sejak azali lagi untuk kegunaan kita. Apabila kita sebut 'semula jadi' bermakna benda tue dah terbentang-bentang, terang-terangan wujud secara asli tanpa ada orang lain yang buat di muka bumi nie. Process kejadian minyak mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya. Ia berasal daripada bahan-bahan organik dasar laut, binatang-binatang mati, rumpai2 dan macam-macam lagi yang apabila semua itu berkumpul dan terproses secara semula jadi akhirnya jadilah minyak.

Jadi, tidak hairanlah tauke-tauke minyak di seluruh dunia nie sangatlah kaya. Mereka menjalankan perniagaan berpunca daripada 'bahan semula jadi'. Diorang tak perlu buat kilang, beli bahan lain dan proses buat minyak . Hanya pelantar minyak yng perlu dibina untuk mendapatkannya. Dan apabila sesebuah pelantar minyak itu dibina di kawasan baru penemuan minyak, ianya akan berada di sana bertahun-tahun lamanya dan tidak perlu diceritakan berapa banyak minyak yang dapat 'disedut', Mungkin sejuta tan? haha....itu aku tak dapat pastikan. Yang pasti ianya tersangatlah banyak.

Daripada itu, dapat kita lihat minyak akan menjana pendapatan yang amat besar kepada negara. Lihat saja negara seperti Brunei, Dubai dan Arab Saudi. Betapa kayanya mereka. Selepas lihat negara, kita tengok pula pemilik syarikat berkenaan. Mereka adalah yang tergolong dalam senarai manusia terkaya dunia. Dan akhir sekali pekerjanya. Gaji pekerja-pekerjanya yang bekerja di syarikat minyak sangat tinggi jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja dalam sektor yang lain. Itulah kuasa minyak.

Berikut adalah senarai syarikat2 minyak terkemuka dunia bersama revenue mereka pada tahun 2013.


Jadi lepas nie boleh lah korang pilih mana-mana satu syarikat nih untuk korang bekerja. Ataupun ada yang bercita-cita nak bukak syarikat minyak sendiri? Bukaklah... sangat digalakkan. Tak der sape rugi malah menguntungkan semua pihak. Ayuh kita sama-sama bukak syarikat minyak! TEEHEE...




notakaki: kalau tak dapat bukak syarikat minyak, dapat station minyak satu pun jadi. ^.^

Nak dapat tiket AirAsia murah ? Here're some tips

Ding...dong...ding....dong.... Musim cuti sekolah di Malaysia akan bermula sebentar sahaja lagi. Sekarang bulan 5, bulan 6 cuti lah kan? Tapi aku ada exam waktu tue. Boleh bayangkan tak adik2 main depan rumah, ibu ayah korang bawa family pergi makan angin. Pulau Tioman....Pulau Pangkor...Langkawi.... huh....Membayangkan sahaja boleh buat aku sakit perut. 

Tapi takper, itulah namanya pengorbanan. Nie nak citer sikit .Semasa aku buat AS Exam dulu, aku sambut raya kat kolej, percaya ke tidak? Anda sudah kena panggilan hangit!!! haha...taklah, aku seyes nie. Tak untung la aku tipu korang, tapi bukan raya Aidilfitri la, raya Aidiladha. Seingat aku, masa tue ada exam Mathematics. Disebabkan Cambridge tak reti nak susun jadual elok-elok, kami pelajar and lecturers sekali beraya di kolej. Pagi raya tue, aku telefon la family aku sebab nak mintak restu before masuk dewan exam + nak dengar suara umi abah di pagi raye, tertahan- tahan jugak la suara. Ermmm... mengenangkan kembali benda tue pon boleh buatkan sedih. hehe....


Air Asia Plane BIG


Dah. Lupakan pasal tue. Actually, bukan itu yang aku nak tulis, disebabkan cuti nak dekat nie, aku nak kongsikan tips-tips bagaimana hendak mendapatkan harga tiket AirAsia dengan harga yang murah. Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, macam mana lah nak dapat harga tiket AirAsia murah. So, here are some tips:

  1. Beli tiket 6 bulan lebih awal drpd travel date korang. Lagi awal lagi bagus. Kalau korang dapat beli sepuluh tahun lebih awal dari date yang korang pelan nak pergi, korang agak berapa harga yang korang dapat? haha. Merapu....Normally tiket flight hanya boleh dibeli antara 6-9 bulan lebih awal daripada travel date. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan tiket promo daripada AirAsia. Aku berjaya dapatkan tiket murah untuk balik terus ke Kelantan hari tue dengan cara ini.
  2. Beli tiket pada hari pertama route baru diumumkan. Macam hari tue, 19 Februari 2014 kalau tak silap aku, route KL-Kalibo dilancarkan oleh AirAsia bersama-sama dengan tawaran tiket RM0 untuk ahli BIG mereka. Macam mana aku dapat tahu nie? Jadilah ahli BIG. Semua informasi tentang AirAsia korang akan dapat melalui email. Termasuklah nombor phone stewardess diorang. hehe.... Untuk ahli BIG, diorang hanya perlu login akaun dan redeem tiket pada harga RM0 sahaja dan aku check hari tue, untuk tawaran ini, mereka hanya perlu bayar RM122 seorang (termasuk airport fees) for return flight KL-Kalibo. Wlau bagaimnpun, tawaran nie hanya sah sehingga jam 12 tengah hari pada hari yg sama. Rugi betul tak sambar je terus tiket tu masa tue. Tapi kalau dapat pun, macam la boleh pergi. haha...
  3. Pilih tarikh selain hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad). By default semua org akan travel pada waktu2 macam ni, jadi by default mereka susah nak bagi tiket harga Promo pada hari2 ini kecuali route tu memang tak susah nak laku atau bukan musim. Kebarangkalian utk mendptkan tiket promo kalau travel hari bekerja adalah lebih tinggi.  Tapi waktu tulah kita memang tak kan ada cuti, Bos sape yang nak bagi cuti pada hari bekerja? 
  4. Pilih tarikh selain drpd public holiday, mungkin 1-2 hari lebih awal. Same case, mereka dah kaji awal-awal cuti am di Malaysia dan berkemungkinan besar tak akn meletakkn harga promo pada hari-hari macam ni. So, mungkin pada yg dah bekerja, rancang awal-awal untuk ambil cuti yang korang masih ada, maybe dua tiga hari sebelum cuti umum. Jadi dapatlah bercuti pada waktu tue dengan tiket yang murah dan boleh sambung  rehat di rumah setelah penat bercuti pada cuti umum tersebut.
  5. Jadi ahli BIG mereka. Tahu tak BIG tue apa? BIG tue adalah program dimmana AirAsia wujudkan untuk menarik pelanggan menggunakan AirAsia dan untuk mengelakkan pelanggan mereka menggunakan service penerbangan yang lain (loyalty program). Aku pun ahli BIG, tapi kad tak pernah activate. Cuma ada online account je. Tujuannya hanyalah satu, untuk dapatkan tiket harga RM0 macam yang aku bagi tau di atas. Ada faham?
  6. Kaji high season destinasi percutian korang. Kalau masa tu org sibuk pergi sebab ada festival atau event besar yg bermusim di destinasi tersebut, elakkan. Faktor ini juga diambil kira dalam menentukan harga tiket. Contoh, jangan pergi ke Disneyland Hong Kong pada musim Krismas, sebab waktu tue akan ada banyak event besar di sana.
  7. Kaji juga cuti sekolah Malaysia. Sama macam tadi, kebarangkalian untuk mendapatkan harga tiket murah adalah sangat tipis klau travel masa cuti sekolah.Perkara ini amat beri keuntungan bagi mereka yang bekerja sebagai seorang guru, mereka akan bercuti pada cuti sekolah sebab pelajar mereka bercuti. Kalau mereka kerja, siapa yang mereka nak ajar. kerusi? meja?
  8. Last but not least, kalau nak dapat harga tiket murah AirAsia sesangat, jadi staf AirAsia. Benefit tiket murah ni memang biasa untuk semua airline di mana pekerja boleh membeli tiket pd harga 10% (ada yang 5%, bergantung pd airline) sahaja drpd total fare.Harap tips yang dikongsikan dapat membantu.

Aku harap tip-tip diatas dapat membantu untuk korang menjimatkan kos percutian. Tidak salah untuk kita pergi bercuti kerana Islam pun turut menggalakkan kita meneroka Bumi Allah SWT ini. Sebab berjalan di muka bumi Allah ini banyak faedahnya. Selain dapat memberi keinsafan, melihat keindahan, merapatkan hubungan sesama Islam, ianya juga dapat menambahkan ilmu. Kalau korang nak pergi berjalan2 tue, jalan lupa ajak Akashah Qi yer. TEEHEE...

" Berjalankah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu" (Al An'am: 11)


HERE 



: 

notakaki: boleh tak aku nak jadi pramugara? haha....

Rozita Che Wan Bercium Dengan Zain Saidin

Penat mendaki bukit. Semput tak habis2 lagi Semata-mata nak tengok macam mana la sunrise kat belakang nun, aku pergi la habiskan tenaga aku yang sekejap lagi nak ke class Hai, mampuker ??? Erk, takut la pulak buku tolak ketepi, tangan yang aku cari, kepala bertemu meja...haha....

TETIBA :Tup..tup.... Malaysia!! Singapore!! Brunei!! Indonesia!! Ada berita hangat lagi sensasi Kebaboom dush dush dush. Aku joging tadi dari blog ke blog haha. Well. Tiba-tiba aku tertahu gossip pasal gambar Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin . Jeng jeng jeng. Panasss wo. Bersedia atau tidak bolos je dinding itu... Okay. Gambar aksi panas Che Ta korang dengan Zain Saidin dah tersebar luas kau tahu. Sila ramai ramai jerit WHATTTT..???

Apa yang kelakar tahap tenukkkk infiniti adalah gambar hot tu tersebar melalui instagramnya sendiri!!! Haish. Rajin pulak Che Ta nak upload ek? Tengah-tengah sarat mengandung pun boleh cari masa nak upload  gambar sebegitu rupa. Tak pasal pasal sekelip mata gambar tu jadi perhatian. Ye la siapa tak kenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin wohooo. Lebih lebih lagi dengan kuasa followers Che Ta yang hampir mencecah nilai angka 300,000 kat instagram tu.  haha....


Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bercium di Paris.

        Gambar Che Ta dan Zain kat Paris. Eiffel Tower tuhhhhh....


Panas tak korang? 7.51k <3 loves gambar tue dapat. haha.... berlatar belakangkan Eiffel Tower tuhhhh.... aku teringin sangat nak pergi kat situ. Maybe nanti honeymoon kowt. tapi xder la nak tangkap gambar macam tue, nak berintim macam tue depan public ? Ishh... xder la sampai macam tue skali. Saya bukan selebriti pon. Stop PDA ! haha 

Jap korang, ada satu lagi tau. Lelaki Comel Itu Aku dah jadi blog hiburan la pulak. LICIA bukan OhArtis, Beautifulnara, OhBulan k . Nie saje nak tukar angin ^.^ Lagipon tertarik dengan gossip nie, Ada manfaat disebaliknya yang boleh kita dapat. Peace ^.^


Rozita Che Wan dan Zain Saidin di Krabi.
Sje je aku filllight sikit. Terlalu kedewasaan kalau tak buat camtue. hehe...



Gambar ni diupload 5/5/2014 masa diorang bercuti di Krabi dan dapat 9.53k <3 loves dari followernya. Hari tue gi Paris pastu gi Krabi. Bestnyer hidup. Berdasarkan komen2x yang ada berjumlah 510 kat sebelah tue, aku boleh kelaskan ada tiga sides jenis-jenun komentarnya:
  • Fans and frineds yang memuji aksi romantik mereka dan pemandangan cantik di belakangnya.
  • Followers yang menkritik dan menyindir gambar tersebut ditayangkan pada umum.
  • Yang bagi komen neutral, tiada memuji juga tiada mengkritik.
So korang kat sebelah mana? kiri, kanan, atas, bawah, atas, utara, selatan, timur, barat?


Bagi aku secara peribadi, perbuatan macam nie tiada salahnya dilakukan sesama pasangan suami isteri yang sah. Mereka dah diijabkabul, so there's nothing yang salah untuk berintim-intimn. tu lumrah manusia. Tetapi, lebih elok jika ianya dilakukan secara bersembunyi, maksudnya hanya kita berdua saja yang ada, kan lebih elok. Selain dapat mengekalkan 'hak mutlak' kita pada dia, dan 'hak mutlak' dia pada kita, kerana hanya antara pasangan je tahu keindahan pemberian Tuhan, kita juga dapat mengelak kata-kata masyarakat yang sekali gus akan membawa kepada fitnah. Tue pada aku la, korang aku tak tau. Terpulang pada diri masing-masing. Masing-masing ada akal, ilmu dan agama, korang mesti dapat memikirkan apa yang terbaik buat diri masing-masing. Just nak cakap, kalau dah pandai-pandai buat, kenalah berani terima akibatnya. potpetpotpet........sampai ke bulan :) TEEHEE...




notakaki: ingat nak gi Krabi gak la tahun nie, dah usha2 kat  Air Asia. ade spe2 nak ikut ?? ^.^

Thursday, 15 May 2014

Korang Dah Ucap Belom "Selamat Hari Guru" ?

Tok..tok...TOK....Selamat Pagi korang Dah sarapan belum nie? Belum? Malas? Ishh.....ishhh... asal malas pulak. orang suruh makan, bukan suruh pergi bertani...itu pon malas? apa nak jadi la...hehe. Jangan mara yer, nanti kena jual ^.^ Bukan apa, korang kena la makan, sebab sarapan tue penting. Takper.hari nie bukan aku nak cakap pasal sarapan pun, hari nie aku nak cakap pasal benda lain.

Korang tahu tak harini hari apa Birthday aku? Yang tue...urm.... blum lagi. X sabar2 ek nak wish aku? k x pe. Tunggu ek 21 Mei nie, dah dekat da pon. Prepare la at least jam tangan Rolex ke, T-Shirt Armani, iPhone 5S  ke, ataupun at-least dinner kat Le Meridien Hotel.... haha.... just joking ! Tapi kalau nak bagi pon apa salah nyer, Gurun Sahara saya bentangkan :) .Amboi Akashah Qi... kata cakap pasal bnda lain. "Benda apa tu?" Sory, terjebih pulak :p

Hari nie adalah hari yg paling aku tunggu2 sekali waktu kecik-kecik dahulu. Memang tak sabar nak habis waktu sekolah. Haha...x dapat teka lagi ke? Hari nie kan Hari Guru. Oh guru, kaulah penerang kehidupanku...tak gitu? hehe.... korang dah wish belom kat cikgu-cikgu korang? urmmmm .... blom? x pe lepas nie gi kat wall group alumni sekolah korang. post bebanyak kat situ, Korang cuba bayangkan, kalau separuh, eh tak! klau suku atau 5% pelajar sekolah post kat group alumni sekolah masing, betapa banyaknyer wish yang akan terpapar kat situ. Confirm cikgu2 kat sekolah tu touching "murid aku still ingat kat aku"... ha. kan bagus gitu :)

Kenapa Akashah Qi tak sabar-sabar nak balik dari sekolah? Jeng...jeng...jeng....Aku x sabar2x nak bukak hadiah yang umi aku bawak balik. She's a very famous teacher in her school. Kat mane je dier kena transfer, she will become famous. Sebab ape? Sebab cubitannya. Hushhhh...jgn tanya la macam mana rsanya. Kalau korang kena, mau biru badan korang. Berbisa! hehe.....Tapi apapon, seseorang cikgu tue tidak mungkin mghukum pelajar2nya tanpa sebab, mesti ada sebab , btol x? but nowadays... banyak kes yang melibatkan guru disaman, dimarahi, dipukul oleh pelajarnya. Sedey aku dengar. Zaman sekarangi dah tak same macam zaman dulu. Dulu kalau anak balik rumah mengadu kena rotan ngan cikgu diorang, alamatnyer bertambah lah lagi satu rotan yang diorang terima. Tapi sekarang? Entahla....

Korang ingat x sehari sebelum Hari Guru? mesti kita sibuk beli hadiah kat 999, kedai cenderamata, One Shop dan macam2 lagi. Ad yang sibuk buat hand-made card lagi. Betapa sayangnya dulu kita kat guru kita. Masing masing berlumba nak jadi the first person yang bagi hadiah kat cikgu diorang. Cikgu bukak je pintu kereta, berderet pelajarnya menghulurkan hadiah. Macam artist pon ada.haha.... ada yang sehari sebelum tue lagi dah bagi hadiah. Sayang bebeno la diorang kat cikgu mereka. Alhamdulillah...

So akhir sekali kat sini, biarlah aku titipkan sedikit kata-kata untuk cikgu aku. Bermula dari tadika PASTI Taman Dinding, Tadika Methodist, Sk Methodist, SMK Methodist, Sekolah KAFA Taman Dinding,  MRSM Gerik, MRSM Transkrian, INTEC, UiTM dan Kolej Tenologi Timur Sepang. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan kepada semua guru sama ada pernah ataupun tidak mengajar saya. Kepada Pn. Aida Suria,  Ustaz Jazmin, Encik Razib selaku ibu dan bapa saya di sekolah dan kolej dulu, special SELAMAT HARI GURU saya ucapkan sekali lagi. Ada yang tertinggal? x kowt....hehe. Saya berharap anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu. Walaupun dah lama kita tak berjumpa, walaupun dah lama saya tinggalkan aman persekolahan tersebut, saya still ingat lagi pada kalian semua :D


Jadi korang, apa tunggu lagi, pergilah hantar wish korang kat cikgu2 korang. Mereka semua mesti tengah tunggu tue. Hehe, yeke. ontah ingat ke tdak kat korang, aku pon x tahu. Almaklumlah, bukan korang je anak didik mereka, beratus, malah beribu tau. Tapi mesti ada yang special bukan? 

Marilah kita sama mendokan guru2 kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa kuat untuk mendidik anak bangsa. Tanpa mereka, tiadalah jurutera, doktor, peguam, perdana menteri dan semua kerjaya hebat pada hari ini. Sentiasa ingat jasa mereka, amalkan apa yang diajar mereka, kerana kita adalah antara sumber pahala yg boleh mereka dapat  jika mereka berada di alam lain nanti.
In sya Allah :-) TEEHEE...

Barisan Pendidik MRSM Transkrian.
nie adalah barisan pendidik MRSM Transkrian. urm...Rindu 1000x


notakaki: korang tau x tema tahun ni? GURU: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Kakak Ku Kata, Kuku Kaki Ku Kotor

Aku tekanan perasaan ni. Penat doh... Berjalan bagai nak rak ni sampai lupa anak bini kat rumah. Erk. Okay. Fine. Aku takde anak bini lagi. Lantak ah. Apa yang penting, aku penat. Haha. So, aku main la menatang ni. Nama dia tongue twister atau dalam bahasa kita, ayat pembelit lidah. Apalagi ? Jom main sama sama ^.^


Tongue Twisters English dan Melayu

Apamacam, ade yang kena gi hospital ke? Hospital mane, meh aku bayarkan bilnyer. hahaha ..... korang jangan buat benda nie bila korang ada interview or presentation tau, habis ranap interview korang tu. Aku tak bertanggungjwb tau.TEEHEE...






notakaki: ade yang buat dalam bahasa Perancis, dalam hati "ntah btol ke tidak yg die ni buat, kitorang bukan faham. Eksyen je lebih"