Friday 16 May 2014

25 Syarikat Minyak Terkaya Dunia, PETRONAS ?

Sebelum nie aku ada tulis mengenai kerja kat offshore gaji nya amatlah tinggi. Entry ni. Sebab apa korang rasa macam tue? Nie aku nak bagi jawapannya. 

Minyak adalah sumber semula jadi yang Allah SWT ciptakan sejak azali lagi untuk kegunaan kita. Apabila kita sebut 'semula jadi' bermakna benda tue dah terbentang-bentang, terang-terangan wujud secara asli tanpa ada orang lain yang buat di muka bumi nie. Process kejadian minyak mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya. Ia berasal daripada bahan-bahan organik dasar laut, binatang-binatang mati, rumpai2 dan macam-macam lagi yang apabila semua itu berkumpul dan terproses secara semula jadi akhirnya jadilah minyak.

Jadi, tidak hairanlah tauke-tauke minyak di seluruh dunia nie sangatlah kaya. Mereka menjalankan perniagaan berpunca daripada 'bahan semula jadi'. Diorang tak perlu buat kilang, beli bahan lain dan proses buat minyak . Hanya pelantar minyak yng perlu dibina untuk mendapatkannya. Dan apabila sesebuah pelantar minyak itu dibina di kawasan baru penemuan minyak, ianya akan berada di sana bertahun-tahun lamanya dan tidak perlu diceritakan berapa banyak minyak yang dapat 'disedut', Mungkin sejuta tan? haha....itu aku tak dapat pastikan. Yang pasti ianya tersangatlah banyak.

Daripada itu, dapat kita lihat minyak akan menjana pendapatan yang amat besar kepada negara. Lihat saja negara seperti Brunei, Dubai dan Arab Saudi. Betapa kayanya mereka. Selepas lihat negara, kita tengok pula pemilik syarikat berkenaan. Mereka adalah yang tergolong dalam senarai manusia terkaya dunia. Dan akhir sekali pekerjanya. Gaji pekerja-pekerjanya yang bekerja di syarikat minyak sangat tinggi jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja dalam sektor yang lain. Itulah kuasa minyak.

Berikut adalah senarai syarikat2 minyak terkemuka dunia bersama revenue mereka pada tahun 2013.


Jadi lepas nie boleh lah korang pilih mana-mana satu syarikat nih untuk korang bekerja. Ataupun ada yang bercita-cita nak bukak syarikat minyak sendiri? Bukaklah... sangat digalakkan. Tak der sape rugi malah menguntungkan semua pihak. Ayuh kita sama-sama bukak syarikat minyak! TEEHEE...




notakaki: kalau tak dapat bukak syarikat minyak, dapat station minyak satu pun jadi. ^.^

3 comments:

  1. kawan aku cakap, petronas dah turun tahun nie.no 50

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita 2025 minyak habis, betul ka?

    ReplyDelete
  3. Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
    Terima kasih, Busarakham.

    ReplyDelete