Friday, 16 May 2014

Gaji Engineer Offshore - Nak Masuk Oil & Gas Lah

Hadoi. Sakit woi. Aku pergi main badminton tadi dengan beberapa orang member. The most amazing thing happened to me there. SAD :( Korang tahu kan tempat duduk pengadil badminton yang tinggi tue yang dalam orang putihnyer dipanggil umpire chair. Urm, nak dijadikan citer, tgh-tgh main, shuttle terkeluar court dan mendarat betul2 kat atas umpire chair tue. Masa aku panjat nak amik shuttlecock tue, secara rasminya aku tergelincir sebab tersalah pijak anak tangga kerusi tue. Lalu, tergolek la aku jatuh ke bawah. Nasib baik kerusi tue tak terbalik sekali kat aku .Kalau tidak, tak der la post nie sekarang. Alamatnya kat student room la aku. hehe....

Teringat lecturer pernah cakap, kalau kitorang nak jadi engineer, pilihlah engineer yang kerja kat offshore. Tak kiralah apa jenis engineer, pilihlah kerja yang dapat berada di offshore. Bukan sebab best duk tengah laut, sebab gajinyerrrrr....haha. So, dalam kebosanan malam ni, saje-sajelah cari maklumat tentang gaji engineer offshore kat internet. Manalah tahu suatu hari nanti Akashah Qi dapat kerja kat offshore ke. Mesti ramai gadis sunti di luar sana yang akan terkejar-kejar kat aku...haha...ke situ pulak dah. Erk :p

Sejak zaman aku sekolah menengah lagi aku dah dengar orang kata gaji engineer dlm bidang oil & gas adalah sangat tinggi. Dan antara gaji engineer dalam bidang oil & gas paling tinggi adalah dari company Schlumberger. Berdasarkan apa yang aku dengar dari pak cik 2x aku, orang Schlumberger ni kalau jumpa kawan, mesti dia yang belanja. Pada mereka, kalau org lain belanja boleh jatuh air muka sebab income diorang byk sangat. Ade ke macam tu pulak...haha. Kalau macam tue, lepas habis belajar nanti, aku nak duduk di kawasan Head Quarter Schlumberger yang ada kat Houstan atau Paris tue la . Nanti, boleh dapat housemate orang Schlumberger. Hari2 tak payah aku keluarkan duit nak makan. Diorang yang belanja. Haha....

Ok, berhenti mengarut. Untuk pengetahuan korang semua, gaji field engineer di Schlumberger, average dalam RM20,000 sebulan. Aku juga difahamkan yang RM20,000 dah termasuk elaun bekerja offshore yang dibayar dalam USD. Kerja 4-5 tahun dah boleh jadi jutawan. Basic salary pula adalah dalam lingkungan RM6,000 – RM7,000 sebulan. Hebat tak? Nak kerja kat sana? 

Nak kerja kat Schlumberger bukan mudah, tapi tidak mustahil. Sekarang kita kecilkan pulak skop. Kita tengok pulak syarikat minyak negara kita, PETRONAS bagi kat engineer diorang. Berapa pulak orang PETRONAS dapat? Alang-alang diorang dah umum keuntungan sebelum cukai untuk tahun 2013 yang berjumlah RM95 billion, let’s find out.

Untuk junior executive, dalam RM3,000 – RM4,000 sebulan. aku andaikan junior ni adalah fresh graduate. Memang seronok macam ni. Selepas graduate je dapat nikmati 3k-4k sebulan. Dapat aku beli iPhone 5s. Untuk lain-lain jawatan:

  • Process Engineer - RM 5,000 sebulan
  • Reservoir Engineer - RM 5,000 sebulan
  • Instrument Engineer - RM 7,000 sebulan


Dan aku juga difahamkan bahawa bonus tahunan PETRONAS boleh mencecah 7-8 bulan. Pengsan :S. Walaupun ada yang cakap dah ditolak cukai tinggal 5-6 bulan punya bonus, jumlah 5-6 bulan tue banyak la jugak. Mana nak cari kerja + bonus sebanyak tue. Kira dah elok la tue dengan kos sara hidup sekarang ni.

Itu PETRONAS, belum dikira Shell, Exxon-Mobil, BH dan lain-lain. Kalau korang nak tahu syarikat-syarikat hebat dalam bidang oil and gas nie, korang baca Entry nie. So, aku berharap, info yang diberi nie bermanfaat untuk korang. Bila korang dah jadi engineer kat Schlumberger nanti, jemputlah aku jadi housemate korang yer, Paling tidak pon belanja la makan kat hotel mewah. Aku teringin sangat nak makan kat Four Season Hotel. TEEHEE...




notakaki: Kalau buat korang nak tubuhkan syarikat jual burger, korang guna nama Schlum Burger. Nanti senang kerja promotion korang ^.^





3 comments:

  1. Akashah Qi, nak kenal bley ?

    ReplyDelete
  2. Memang antara gaji tertinggi kat dunia nie gaji yg kerja2 kt offshore pun. tp susah nak dapat kerja di sana. yg bertuah jew dapat. i engineer kat telekom. member2 selalu gak gi oversea sebab oustation. btw, engineer la bidang paling selamat kat dunia nie. nak jadi apa pon boleh kalau ad degree in engineering. good work Akashah Qi,

    ReplyDelete
  3. Aku tanam pisang je gaji setahun 200k..lagi masyuk

    ReplyDelete