Friday 6 June 2014

Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3

Sambungan cerita merepek kita semalam.

Drama bersiri yang berbumbungkan taun 80-an nie menyingkap cinta agung Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah. Yer ker? Percayela bulat-bulat. Wekkk.... :P Menyampahkan? Menyampah gi la belah baca benda lain. hehe. Gurau jew. Without you, no Akashah Qi. Ianya mengisahkan cerita cinta kita (mereka) antara Adam dan Salmah. Semarak cinta bagai api menjulang tinggi bagai Gunung Berapi Kelud kat Indon tue bermula ketika Adam berumur 24 tahun manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu. Berapa ek usia waktu ending cerita nie? Nak tahu ? Aku pun tak tahu....kwang2x ^.*

Selepas SPM (waktu tue dipanggil XXX), keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris. Tempat my BFF sedang study sekarang nie. hehe....Sya!!! I'm mention you now! [tetiba]. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah tlh membawa Salmah pulang dari Teluk Intan ke KL. Adam dan Salmah menulis surat utk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati. #cliche

Lima tahun berlalu tanpa sebarang khabar berita tapi Adam a.k.a Aeril Zafrel tue tetap merindui dan mencintai Salmah a.k.a Wawa Zainal. Sweet kan? Realiti pun diharap gitu hendaknya. But, on the other hand, Salmah pula menganggap Adam tlh melupakannya (sebab mak die punya kerja la) Dia yg bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital setelah tamat pengajian telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin a.k.a Dazrin Kamarudin. Ibu Salmah, Melati gembira dan lega after Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tapi jugak membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia. Dr. Khairuddin nie seorang yang berpelajaran tinggi plus kaya pulak tue. Bagai menyelam minum air la. Untung kau Melati. #cliche 2

Cerita Adam pulak, semenjak tak jumpa Salmah,  dia bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas tue, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur. Lama jugak dia mencari Salmah, namun tak jumpa. Lastly, berkat usahanya dia jumpa la Salmah. Langit tak selalu cerah. Salmah telah berkahwin. Kecewa la Adam. Bunuh diri? Oh no! No! No! Abis la cerita bila hero mati. Aduhai...

Nak memanjangkan cerita, Salmah jumpa surat-surat Adam yg disimpan oleh ibunya. So dia faham sebab apa dia tak terima berita dari Adam selama ini. Anggapannya bahawa Adam dah lupakan dia adalah silap semata-mata. Masa nielah korang akan rasa fuhhh....lega. Akhirnya ada harapan untuk tengok Adam dan Salmah bercinta lagi. #cliche 3

Ntah kenapa, Adam buat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Tetapi, ada sesuatu yg berlaku after Adam jual rumah pusaka ayahnya tue. Nak tahu apa? Adam tak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Salmah dan suaminya. Mula dah kan? babak2 best. yeayyyy...Suka3x. Salmah tlh memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula tlh memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi tetap menjaga batas pergaulan. Inilah beza couple dulu dan sekarang. Jangan pandang2. Usah pegang2. Duduk renggang2x. Bertambah sayang. Betulker nie? Hantam jelahhh.... 

Dr Khairudin dapat tahu hubungan diorang.Dia telah bergaduh dengan Salmah dlm perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Nie pon cliche gak. Kereta mereka terbabas. Dr Khairudin terbunuh manakala Salmah pula koma. Kematian Dr Khairudin juga membongkar rahsia bahawa dia telah berkahwin dengan Rokiah dan mempunyai 2 anak. Tue diaaa....Kenal tak Rokiah? Cousin Salmah tue yang dulu tergila-gila kat Adam.


So, after jer peristiwa tue, Salmah hilang tempat utk bergantung. Demi cinta, Adam tlh memindahkan Salmah yang mengalami amnesia ke pusat jagaan.Bukan tue ja, Adam juga terpaksa berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menjaga Salmah. Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Salmah pada usia hampir lewat 30an. Macam tue je? Wait ya!

Namun kebahagiaan yang dinikmati oleh Adam dan Salmah tidak berpanjangan kra ingatan Salmah semakin merosot. Adam terpaksa mengulang setiap kisah yg mereka prnh lalui bersama setiap hari kpd Salmah. Benda nie yang susah nie. Apabila ingatan seseorang semakin pudar disebabkan kemalangan dan berkait juga dengan faktor usia. Semuanya menyebabkan hidup Adam makin susah. Cinta mereka makin berbadai. Mungkinkah cinta mereka akan hilang bergitu sahaja. Mungkinkah Adam akan meninggalkan Salmah. Atau, mungkinkah satu hari nanti, Salmah akan lupa siapakah Adam dalam hidupnya? Teehee...



Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3

Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3

Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3

Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3

Sinopsis Cerita Cinta Kita TV3
Gambar2 sewaktu penggambaran.




notakaki: Walaupun banyak cliche, aku still suka tengok diorang nie berlakon. Sweet sesangat :D

No comments:

Post a Comment