Wednesday 14 May 2014

49 Status Facebook Terbaik

Aku memulakan blog ini dengan memuatkan 49 Status Facebook yang terbaik pernah aku baca. Semua status ini diupdate oleh rakan fb aku Akashah Qi. Berdasarkan apa yang aku kenal pada pemilik fb tersebut, semua status ini adalah 'bajet' semata-mata. Mungkin nak tunjuk pada pakwe/awek diorang kot. Sebab, apa yang mereka cakap, tak sama dengan apa yang mereka buat. haha... x apalah. Paling penting, benda baik perlu dikongsi. Jangan simpan sendiri  ^.^





  • Hidup ini seperti matematik. Kalau senang sangat, mesti ada yang tak kena.
  • Sentiasa ingat: Hidup ini sementara, nikmatilah. Cinta itu jarang ditemui, rebutlah. Benci itu bagai api, padamkanlah. Ketakutan itu batu penghalang, robohkanlah. Memori itu manis dikenang, hargailah.
  • Suami saya tak perlulah berasal dari golongan yang berada. Tidak perlulah sekacak penyanyi Korea. Cukuplah mempunyai ilmu agama dan solat yang sempurna serta mampu mengajar isteri dan anaknya mengenai agama Islam yang sempurna.
  • Dalam hidup ni, kenangan yang paling indah selalunya tidak dirakamkan oleh kamera.
  • Bila kita berkahwin kerana Allah, walau tak pernah kenal, tak pernah bercinta, tak pernah dating. Lepas saja lafaz ijab dan kabul, Allah akan campakkan rasa sayang,cinta dan rindu dalam hati kita dan pasangan.
  • Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu.
  • Hargai apa yang sedang kamu miliki sebelum ia bertukar menjadi apa yang pernah kamu miliki.
  • Menjadi anak yang baik tidak susah, hanya tidak perlu berkata 'tidak' pada ibu bapa.
  • Hadiah yang terbaik daripada kita untuk seseorang ialah masa. Kerana kita tidak akan mungkin mendapatkan masa itu semula. Jadi, luangkan masa dengan mereka yang tersayang kerana sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik.
  • Belajar menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini. Atau masa akan mengajar kamu untuk menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini.
  • Kita mungkin tidak dapat mengubah orang lain. Tapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap orang lain.
  • Putih putih lampu kalimantang, Merah merah sakit mata, Jangan kita lupa sembahyang, Bila mati itulah harta.
  • Jika malas untuk belajar, belajarlah untuk mencari nafkah agar tiada menyusahkan orang lain.
  • Kejayaan bukan kunci kegembiraan. Tapi, sebaliknya, kegembiraan adalah kunci kejayaan. Jika anda gembira dengan apa yang anda lakukan hari ini, dengan izin Allah, anda akan berjaya.
  • Jika tidak mampu terbang, berlarilah. Jika tidak mampu berlari, berjalanlah. Jika tidak mampu berjalan, merangkaklah. Apa pun yang kita lakukan, pastikan kita bergerak ke hadapan.
  • Di samping Upin dan Ipin, adik- adik aku juga cakap "betul-betul-betul"  mak aku tegur, itu bermakna mereka lebih suci. Hanya mengiyakan apa yang mak cakap, tidak pernah membantah.
  • Setiap hari kita akan mandi, namun setiap hari juga kotoran akan melekat pada diri. Mampukah kita bersih dihadapan-Nya.
  • Selalu kita nampak orang yang dapat peluang tapi dia sia-siakan peluang tu. Orang yang beriya-iya mahukan peluang tu pula? Tak dapat peluang tu langsung! Jadi, bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat kerana bukan semua berpeluang mendapat peluang seperti yang kita dapat. Ucap alhamdulillah.
  • Ramai yang sanggup ke oversea untuk cari ilmu, tapi berapa ramai yang ke masjid depan rumah untuh sembahyang berjemaah, hadir ceramah?
  • Hantar tuisyen anak tak wajib, tapi hantar anak belajar fardhu ain itu wajib.
  • Senyum. Tunjukkan pada mereka yang pada hari esok kita lebih kuat daripada hari ini.
  • Jangan terlalu berharap dengan orang lain kerana bayang-bayang kita sendiri pun tinggalkan kita bila dalam kegelapan.
  • Rasa bahagia tidak selalunya membuatkan kita bersyukur tapi bersyukur selalunya membuatkan kita rasa bahagia.
  • Terdapat lebih daripada 6,500 bahasa yang diamalkan pada hari ini. Tetapi kita tidak perlu fasih kesemua bahasa tersebut untuk melemparkan senyuman kepada seseorang.
  • Ciri lelaki sejati ialah berupaya untuk menjadi imam pada bila-bila masa, di mana jua.
  • Aku percayakan cinta pandang pertama. Sebab aku masih cintakan ibu dan ayah pada aku saat pertama kali aku buka mata.
  • Lupakan apa yang telah menyakitimu pada masa lalu. Tapi jangan lupakan apa yang telah kamu belajar daripadanya.
  • Satu atau dua sudu gula tidak akan dapat memaniskan air laut. Satu atau dua hari yang malang tidak akan dapat mencacatkan hidup kita.
  • Jika kita tidak tahu, tanya. Jika kita tidak bersetuju, bincang. Jika kita tidak suka, beritahu. Bukannya terus mendiamkan diri dan menghakimi!
  • Jangan tulis nama kita pada pasir, kerana ombak akan padamkannya. Jangan tulis nama kita pada langit, kerana angin akan tiupkannya. Tapi tulis nama kita pada setiap hati yang kita kenali. Kerana di situ, nama kita tidak akan terlupakan.
  • Jika kita sanggup senyum untuk 5 saat bagi memastikan gambar kita lebih cantik, cuba bayangkan kalau kita teruskan senyum, apa akan jadi pada hidup kita?
  • Untuk berubah, kita tidak perlukan tahun yang baru, kita hanya perlukan hari yang baru. Apa yang kita tidak dapat semalam, kita cuba dapatkannya pada hari ini!
  • Kita selalu terlupakan perkara yang kita patut ingat dan kita selalu teringatkan perkara yang kita patut lupa.
  • Hari yang baik memberikan kita kegembiraan. Hari yang buruk memberikan kita pengalaman. Dan kedua-duanya penting dalam hidup kita.
  • Matematik mungkin telah mengajar kita tambah, tolak, darab dan bahagi. Tapi Matematik juga telah mengajar kita bahawa setiap masalah itu ada penyelesaiannya!
  • Carilah pasangan yang dapat mengubah hidup kita (ke arah yang lebih baik) dan bukannya pasangan yang hanya dapat mengubah status kita semata-mata.
  • Setiap raja bermula sebagai bayi. Setiap bangunan bermula sebagai lukisan. Hidup kita bukan pasal di mana kita berada pada hari ini tapi pasal di mana kita berada pada esok hari.
  • Orang lain akan sentiasa melontarkan batu-batu atas jalan yang kita sedang lalui. Tapi terpulang kepada kita sama ada untuk menjadikan batu-batu itu sebagai dinding yang menghalang perjalanan kita ataupun sebagai jambatan yang menghubungkan kita kepada kejayaan.
  • Minta maaf? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti rasa bersalah. Memaafkan? Itu tidak bermaksud kita akan berhenti memikirkannya.
  • Sejauh mana kita telah melalui jalan yang salah, kita sentiasa boleh berpatah balik.
  • Jangan hanya impikan hidup yang kita inginkan, tapi hidupkan impian yang kita inginkan.
  • Bila kita masih mampu tersenyum sedangkan hati kita adalah sebaliknya, itu namanya kekuatan!
  • Jangan cari orang yang akan menyelesaikan semua masalah kita kerana orang macam tu memang takde kat dunia ni. Carilah orang yang tidak akan membiarkan kita menghadapi masalah sorang sorang.
  • Hari esok ialah bukan satu janji tapi satu peluang. Peluang yang bukan semua orang dapat. Jangan lupa bersyukur kepada-Nya selagi anda masih lagi diberikan peluang.
  • Hai! Biarpun dengan "Hai!" je, siapa sangka kita dapat buat orang lain tersenyum.
  • Salah satu keajaiban gambar-gambar yang kita ambil ialah gambar-gambar itu tidak berubah (kecuali photoshop!) biarpun orang yang berada dalamnya telah berubah.
  • Lelaki yang bijak akan membuka minda wanita. Lelaki yang kacak akan membuka mata wanita. Lelaki yang beriman akan membuka hati wanita.
  • Jangan pernah menangis jika seseorang menyakiti hati anda. Tapi senyum dan berkata, "Terima kasih kerana beri saya peluang untuk mencari orang yang lebih baik daripada awak."
  • Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita. 









notakaki : status macam nie bagus dikongsi, tapi jangan kongsijer, amalkan sekali TEEHEE...
               

No comments:

Post a Comment