Wednesday 14 May 2014

Apa Kebenda Tue TTPA ? The Consequences

Adeh. Sudah sudah la exam. Banyak bebenau exam yang perlu aku hadapi ni apahal? Mintak koma ke mungkin? Boleh pusing kepala aku nanti. Tak pasal2 aku kena telan panadol . Dah sekarang ubat pon makin mahal. Dengar khabar Malaysia nak join TTPA. Makin mahal la! Korang semua tahu ke tidak apa itu TTPA? Hah, angkat tangan, geleng kepala, mata ke atas. LOL ....takpe kita sama. Tapi kalau tak tahu, kita kenalah ambil tahu. Betol tak? Kita tak bolehlah jadi orang yang dilabel 'bodoh sombong'. Ayat yang aku selalu dengar waktu sekolah dulu. Peace ^.^

Baiklah, sekarang kita ambil tahu mengenai TTPA. Supaya kita dapat jadi rakyat yang berguna kepada negara.TPPA (Trans-Pasific Partnership Agreement) adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi..Jap! Apa tue pulak multilateral? Korang mesti tertanya-tanyakan. Dier ada dua jenis perjanjian. Bilateral dan multilateral. Bi itu maksudnya dua. So, perjanjian antara dua belah pihak. Multi maksudnya banyak. Jadi, multilateral bermaksud perjanjian yang diadakan oleh banyak pihak, tidak hanya mengatur kepentingan pihak yang terlibat dalam perjanjian, tetapi juga mengatur hal-hal yang menyangkut kepentingan umum dan bersifat terbuka yaitu memberi kesempatan bagi negara lain untuk turut serta dalam perjanjian tersebut, sehingga perjanjian ini sering disebut law making treaties. Ada faham?.... "So what to say?" "Say thank you" - ayat umi. hehe...

Kita teruskan lagi. Perjanjian TTPA terdapat banyak masalah. Masalah TPPA ini adalah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan. WTF-ish? Sebagai rakyat, bukankah kita patut tahu satu demi satu syarat, kebaikan, keburukan yang akan diperoleh melalui perjanjian tersebut. Bukankah itu hak rakyat? 

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia? Mengapa? Tiada apa yang perlu ditakutkan jika ianya membawa seribu kebaikan kepada rakyat. Tentu rakyat akan sebulat suara setuju jika kerajaan mahu memeterai perjanjian itu. Berani kerana benar, takut jika ada sesuatu yang salah.

Aku tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini merupakan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui: Hanya ringkasan.

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti? Yang lebih 70% daripdanya berpendapatan sederhana. Tidak payah cakap pasal barah, fikir sahaja pasal batuk, demam, dan segala sakit yang sememangnya selalu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Mampukah nenek di kampung yang hidup berseorangan, kais pagi makan pagi bayar ubat batuk lebih RM 100 sekali masuk. It's not rational..

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita. Bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga kecil yang rata-ratanya Melayu Bumiputera? Hendak berjuang dalam dunia perniagaan yang luas tersebut tanpa bantuan kerajaan? Bersaing dengan McDonald, Ipad ? Ini diibaratkan gajah dengan semut, sekali gajah berdehem, habis melayang semut ke Afrika.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara. Di manakah hak bebas kerajaan Malaysia dalam menentukan hala tuju ekonomi negara. Ini sudah jelas-jelas membuktikan mereka mahu menyekat Malaysia daripada terus maju. Nampak sangat negara-negara Barat takut akan peningkatan kuasa Asia yang dikatakan tidak lama lagi akan menguasai dunia. 

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini perlu dielakkan kerana ianya bagi saya berkaitan dengan makanan rugi orang Malaysia. Jika makanan kita pun mereka kuasai, tidak elok sangatlah nampaknya. Kata orang, kita lebih baik makan makanan yang dimasak sendiri, dari sumber sendiri, ianya lebih afdhal dan bermanfaat.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini? Tepuk dada, tanya selera.

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu. Perkara ini amat serius bagi aku yang merupakan pelajar universiti. Jika semua ini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada sektor pendidikan rendah dan khususnya tinggi negara. Kos pendidikan yang ada sekarang inipun, agak melambung, tidak termampu untuk dibiayai oleh pelajar. Apatah lagi jika ianya akan meningkat berlipat kali ganda jika TTPA dimeterai. This is ridiculous. 

Apa yang perlu dilakukan kerajaan sebelum mengambil tindakan untuk memetarai perjanjian tersebut. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Diharap agar segala aspek diambil kira sebelum keputusan dibuat. Aku tahu bahawa kerajaan kita adalah kerajaan yang bijak. Jika tidak, tidak mungkin Malaysia mampu membina, menonggak naik, maju sehingga ke tahap ini. Namun, ada lagi negara yang lebih maju daripada kita. Kita tidak boleh biarkan mereka terus maju dan menindas kita, dalam pada masa yang sama kita masih berada di takuk lama. Ini samalah ibarat Cinderella, ditipu kakak sendiri demi kepentingan peribadi. Haraplah akan datang pari-pari yang mampu membantu Malaysia supaya Malaysia dapat berdiri dengan kaki sendiri. TEEHEE...


Kelebihan dan Keburukan TTPA


No comments:

Post a Comment