Friday 16 May 2014

THROWBACK. BFF Aku Masa Kecik

Wah. Wah. Wah...... Pepandai engko guna ubat gigi aku. Patut ler aku check hari ke hari benda tue makin mengurang. Memangla benda yang digunakan akan makin mengurang, tapi kurangnyer ubat gigi aku tue macam pelik sikit. Aku tak der la sampai empat lima kali pegi duk depan cermin tonyoh gigi aku. Dua kali sehari normalla. Tapi, pengurangan ubat gigi aku tue macam ade entiti lain yang guna. Siapakah diaaaa ? 

Gud Morning semua... Korang dah baca blum entry aku sebelum sebelum nie? ha, pi baca sekarang!!! haha....Pecah rekod bulan ni, aku tak tido dalam masa satu hari! Haha. Pagi tadi aku pi dok depan meja buat benda alah port folio untuk kelab tue. Dah nak kena observe ni, macammana aku tak gelabah..habis botak kepala aku. Aku kena memikirkan aktiviti yang nak dibuat sepanjang semester depan . Dan update aktiviti semesta lepas. Tulah lah.... orang suruh kau buat laporan setiap bulan kau tak nak . Padan muka. Lepas sembahyang Subuh, aku terasa macam banyak la idea kuar. Folio pon dah siap. So, boleh ah nak spend masa lebih dengan blog tercinta ni. Hurmmm... Blog ni la tempat aku mencurahkan segala perasaan aku. Konon konon ah kan ;)


Okay. This is going to be a short entry. Nak kongsi something dengan korang. Benda nie berlaku dah lam, hampir sepuluh tahun yang lalu. Masa tue, kalau tak silap kepala aku yang bijak nie, aku darjah empat. Time  rehat, aku tak pergi rehat sebab aku kena hantar buku log book kedatangan kat office . Then, aku balik kelas sebab nak siapkan poster yang Miss J suruh buat minggu lepas, hari nie kena hantar. Time aku balik kelas tue, aku ternampak sorang pelajar perempuan tengah bawak tali warna-warni. Aku tanya ah nak buat apa dengan tali tu, nak buat anyaman ketupat ke. "A.a, anyaman ketupat!" Adeh. Boleh pulak dia tipu aku? Haha. Terang terang dia tipu part anyaman ketupat tu haaa... =.= Sebab benda tue bukan daun yang nenek aku buat untuk anyam ketupat, tue macam tali ikat mata kail. Tapi lembut.


Next, pelajar perempuan tu kata nak buat tali nama dia dengan tali tue Masa tue aku memang tak kenal pelajar pompuan tue. Aku tegur sebab aku tertarik dengan tali yang warnanya cantik tue. Hussshh...Erk. Jap..korang ingat tak masa korang sekolah dulu? Masa tu famous dengan tali nama ni. Ingat tak? Adeh. Macam mana aku nak terangkan ek? Okay. Macam ni, tali tu kena lilit kat something yang keras, like cardboard. Tapi bukan lilit laju laju macam tu je! Sambil lilit tu, siap kena buat huruf huruf yang akhirnya akan membentuk satu nama. Faham tak penerangan aku yang super terperinci ni? =.=

Korang boleh faham kan?..... korang bukannyer budak bandar sangat pon, Aku jamin budak bandar pon pernah buat benda tue. Then aku pergi ikut dia ke taman tepi toilet tue. Dia pandang semacam jer kat aku. Yerla kan, orang tak kenal, tiba-tiba ikut sape tak pelik. Jelingan mata dier kalah Ziana Zain.Pastu aku cakap la, nama aku. kelas mana.. Aku kata aku nak belajar buat bnda tue. "K fine, tengok jer tau, jangan banyak soal." So secara automatiknya kaki aku tertutup rapat kepala mengangguk. Garang jugak budak nie. So, dia start la lilit batang aiskrim tue. Dia guna batang aiskrim waktu tue. background clour hitam, tulisan warna putih . Memang tak kreatif budak nie....hahaha.....aku meneliti dengan penuh ketelitian tahap maksima sampai aku terlupa aku kena buat poster Miss J. haha... Hampir lima minit, nama dia siap. Cantik, first time aku tengok. A.L.I.A. Oh, nama dia Alia.....

Then ,secara bergurau edisi malu tapi mahu, aku cakap ah cer try buatkan nama aku pulak kan. Haha. Tak sangka pulak Alia yang garang tue boleh terus nak siapkan waktu tu jugak. Tapi, dia suruh aku cari batang aiskrim dulu. So apa lagi, aku gi la kantin beli aiskrim. Kat situ aku nampak Miss J  tgh makan. Haha...aku boleh buat selamber jer tegur, Assalamualaikum cikgu. Aku berlari ke Alia sebab takut die marah sebab lambat. Dia still kat situ. Aku makan, then basuh batang aiskrim yang tertinggal. Adeh. Aku taku tak siap je sebab masa rehat nak abis dah. Tapi dia berjaya siapakan nama aku sebelum rehat tamat. Wow! Pantas gile dia buat! Tak sampai 5 minit kot? Aku rasa macam tak sampai 5 minit. Anyway, thanks to her! Why? Because of her, aku belajar sesuatu yang baru hari tue. Because of her jugak, aku kena denda kat luar kelas sebab tak siap poster Miss J.

Lepas je dari peristiwa tue, aku terus jadi bff dier. Aku rapat secara automatik. Nak dijadikan cerita, dia duk satu kawasan sama dengan aku. So petang-petang lepas kelas KAFA kitorang selalu la berjumpa buat anyaman tue. Di sediakan tali. Aku sediakan batang aiskrim. Happy go lucky tak kitorang. Now, aku terputus hubungan dengan dia. Dah lama tak jumpa sebab start sekolah menengah ,aku gi asrama. Mungkin sekarang dier dah jadi gadis ayu dah. Kalau ko baca entry nie. cepat-cepatla tinggal nombor tepon ek. Bole kita buat tali lagi. TEEHEE...






notakaki: korang mesti ada pengalaman sweet macam nie kan ..ehem.ehem...^.^

1 comment: