Friday, 16 May 2014

KETUMBAIT ? Lawak Antarabangsa

Ketumbait? What??? Apa tu? Haha. Ketumbait oh ketumbait. Kaitan dengan apa ni? Isk... First time aku dengar, memang gelak habis-habisan la. Kelakar. Cuba korang sebut perkataan tu kuat-kuat.... Haha. Korang rasa apa benda ketumbait tu? Ketum + Bait kerrrrr ??? Hahaha ..... 

Benda nie terjadi waktu kitorang, I and my friends pergi makan. gedikkks..... Kat meja makan, tetiba ada sorang minah A yang merupakan kawan sekelas aku jugak datang join sekaki. Then, dia duduk depan mamat B nie. Bila dia duduk, so lebih jelaslah muka dier kat depan kitorang nie. Suddenly, kawan aku mamat B nie terpandang muka minah A tue lalu dengan spontannya dia bertanya "Apa kat mata awak tue?" Minah A letak sudu, selak rambut, then dengan gayanya yang 'tersendiri' menjawab "Oh ini. Iniiii namanyaaa...... KETUMBAIT. I baru perasan pagi tadi. Eeeeiiii...terukkan?" Hampir nak tersembur aku dibuatnya. Kawan2 aku yang lain semua buat mata besar then tutup mulut dengan tapak tangan, tahan gelak. 'KETUMBAIT' ? First time seumur hidup aku dengar perkataan tue. Sudu aku letak ke meja. Air aku angkat. Juga menahan gelak di sebalik gelas berisi air kosong tue.

Sebenarnya, minah A yang duduk dgn kitorang tua adalah minah yang paling versatile + trendy + hot kat situ. Bila dia masuk kelas, bau 'lelaki' kelas kitorang tue terus bertukar jadi bau Chanel . Almaklumlah, semuanya bakal engineer, so ramailah lelaki dalam kelas tue. Berkenaan dgn minah A tue, semua pasal dier dah ok, tapi yang slacknyer adalah cara percakapannyer. Aku tak tahu lah kalau-kalau mungkin dier dibesarkan di negara orang putih tetapi namanya nama Melayu dan berbangsa Melayu campur, mungkin. Atau mungkin, dier memang dah terbiasa cakap macam tue sejak dier dalam stroller lagi. mungkin. Atau juga kemungkinan, dier hanya bercakap macam tue je di depan lelaki, di belakang, lagi pekat dari Che Mah makan budu. dan juga mungkin. 

Masatue adalah pertama kalinya aku merindui kelas. Aku nak sangat ada kelas. Aku akan mampu berjaga sepanjang kelas Mr. X. Aku mampu. Asalkan aku boleh beredar dari situ. Masing-masing diantara kami dah menjulur-julurkan kepala ke selatan, melawan arah minah A.. Isyarat untuk segera beredar. Takut terlepas gelak di situ. Takut juga 'tergoda' dengan kemanjaannya. Akhirnya, masing-masing beredar selepas habis mkn kira-kira 10 minit kemudian. Sepanjang sepuluh minit tue, ada juga perkataan yang membuatkan kitorang tersenyum kambing, hampir tegelak, tetapi berjaya ditahan. Namun KETUMBAIT adalah juara. Tiada yang dapat mengalahkannya. Minah A bangun dahulu dan beredar menunjukkan ciri gentlemen pada kami bertiga.

'KETUMBAIT' menjadi bahan lawak kitorang sesampai saja di rumah. Memang pecah rumah kitorang gelak mengenangkan kembali kekonfidenan minah A tadi menjawab soalan mamat B. "iniiii namanyaaa...... KETUMBAIT" Esok macammana lah kitorang nak berhadapan dengannya. Buat cuti sendiri mungkin ? Tidak mungkin ! TEEHEE....


Budak lelaki ketawa di dalam kelas

Perempuan gedik dan annoying. Kuat bercakap dan mengada-ngada


notakaki: Apa korang buat kalau korang ada kat tempat kitorang?

1 comment:

  1. hahaha..... tapi citer saya lagi lawak

    ReplyDelete