Tuesday 20 May 2014

Apabila Aku Mula Berkata-Kata

Gua sudah beli. 
Rumah baru. 
Kereta baru. 
Washing machine baru. 
Sekarang wa kena ubah cara wa berjalan.

kucing berjalan walking cat

Saya ada kembar.
Selalu gaduh-gaduh.
Cakar-cakar.
Tarik telinga.
Dia lain sangat dari saya.
Bencinya !

same twins serupa tapi tak sama


I tak boleh kena panas.
Kulit I sensitif.
Nanti ia menggelupas.
Gelap.
Youuuuu...
Mana masker I ?

cat kucing miaw masker


"Apa yang ko merepek oiiii!! sudah sudah la..... aku dah naik bosan! Nanti aku berhenti baca blog nie kang baru tau." Mesti korang cakap camtu kan :( haha...tak per aku faham. OK aku surrender, aku tak buat daaaa.... I give my word. I promise. (intro sahaja, tiada kena-mengena dengan hidup dan mati)

Dua perkataan yang aku Italickan kat atas adalah perkataan yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan juga kehancuran dalam hidup kita. Jangan pernah sewenang-wenangnya cakap benda tue kepada orang lain, terutama pada orang yang mengharap pada kita. Kalau korang selalu tengok drama dekat tv, banyak benda tue berlaku bukan? Dan korang tengok tak cerita tue sampai habis, apa yang terjadi? Kebanyakannya akan tamat dengan kesedihan, sad ending. Sebab apa? Sebab tulah 'I promise, aku janji'

Kenapa aku tetiba cakap benda macam nie? Sebab aku jugak pernah bagi janji pada orang dan aku jugak tidak menepatinya. So, meludah le langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Apa kesalahan yang kita buat, akan kita terima akibatnya. Kalau tak cepat, ianya lambat. Kalau tak di muka bumi Allah nie, kat akhirat. Jadi hanya bersedia. Mungkin pada waktu aku memberi janji tue, umur masih setahun jagung. Masih baru untuk memahami dunia. Kini, umur aku yang hampir nak masuk 20's nie, baru aku dapat belajar serba sedikit tentang dunia. Bagaimana ia bergerak, bagaimana ia berjalan, bagaimana ia berfungsi. Masih belajar.

Disebabkan janji aku pada seseorang itu, aku masih terkenang-kenangkannya. Sebab apa? Mungkin dia istimewa...Ewahhhh... nak berdrama ker kat sini. Tidak! Ia ikhlas dari aku. Pesanan yg ikhlas dari aku. Kepada lelaki di luar sana, jangan bagi janji palsu. Jika tak sudi, bilang tak sudi. Jika suka, bilang suka. Usah bagi harapan. dan juga kalau suka, 'Usah tunggu lama-lama. Nanti aku dikebas orang'. hahaha....ternyanyila pulak ^.^

Itu sahaja pada malam ini, mungkin aku tak layak bagi nasihat. Anggaplah ia sebagai panduan dari seorang yang pernah melalui dan merasai rasa janji tak ditepati yang mungkin balasan atas perbuatannya dahulu untuk korang yang mungkin belum pernah melaluinya lagi. Tiada manusia yang dapat lari dari membuat kesilapan. Jadikanlah kesilapan itu sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi. Power  tak ayat aku? TEEHEE...




notakaki: comelkan miaw kat atas tue...euwwww geram!

No comments:

Post a Comment