Wednesday, 21 May 2014

Huiii...Dah Beli Ke Baju Raye ?

Sabtu and Ahad yang lepas aku gi keluar jap. Jalan-jalan ke?Jejalan la sangat! Aku ada kerja kat situ kat situ. Dah nama pun saya yang menurut perintah kan? Tapi paling sedih sebab kerja tu tak dapat nak masuk dalam markah koku aku sebab dah hantar awal minggu lepas. Kecewa! Asal lah ko hantar awal sangat Akashah Qi! Takpe la. Takde rezeki namanya tu. *lari lepas tu lompat atas katil kemudian tekap muka kat bantal*

Cantik jugak kawasan  kat situ. Keliling dia penuh dengan bangunan tinggi dan juga pokok hijau. Boleh tak gila aku dibuatnya, terpegun dengan bandar dalam taman itu? Kentut pun langsung tak berbau sepanjang aku jalan2 kat situ. Nampak tak betapa aku menipu di situ? Dan aku antara manusia yang terawal sampai daripada kawan-kawan aku yang lain. Bila turun jer dari kereta , uh rasa macam berada kat dalam taman, memang udaranya segar. Kat situ juga ada banyak kedai pakaian. So sementara menunggu kawan-kawan aku sampai, aku gi la cuci mata.

Dalam waktu jejalan tue, aku ternampak busana muslim dan muslimah kat situ, aku masuklah. Assalamualaikum. Aku disapa. Ramah sungguh akak yang menegur aku tue. Aku tertarik dengan bahagian lelaki kat dalam busana tue. Raya pun dah nak dekat, so ape lagi. Aku usha2 la baju2 dalam tue. Takkan la aku tak berbaju Melayu kowt raya nanti. Memang aku ada baju Melayu lama lagi. Tapi apa salahnya beli yang baru kan. Nak beli ke? haha...tungguyer..Dalam busana tue, ade koleksi jubah, baju Melayu dan macam2 jenis lagi baju muslim yang ade dalam tue. Dalam-dalam usha tue, aku snap la gambar untuk aku pilih bila balik nanti. Kat bawah nie antara baju Melayu yang ada :

Baju Melayu Moden

Baju Melayu Moden

Baju Melayu Moden

Cantikkan? 

Tapi takkan aku nak beli waltu tue kowt. Aku datang nak buat kerja. Bukan nyer aku nak membeli belah. So lebih kurang lima minit selepaas aku ronda-ronda dalam busana tue, handphone aku menjerit. "WOI, HANG KAT MANA?" Ade ke dengan salam tak bagi. Tetiba memekik kat telinga aku. So aku dengan selamba pon jawab. " Aku kat rumah lagi, korang dah sampai ka?" Korang boleh agak tak apa reaksi pemanggil tue lepas dengar jawapan tue. haha....

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik? Kerja pun tamat. Tambah lagi satu pengalaman dalam hidup aku. Lepas ni boleh la aku senang hati mendada kat depan lecturer yang suruh buat benda tue. Tiap kali masuk kelas jer "Have you do my assignment" Setiap kali! Haha... tak ker bingit telinga kitorang? 

Puasa nak dekat dah. Korang dah ganti belum? Yang mana belum, ganti la cepat-cepat. Kalau boleh perbanyakkan lah puasa sunat pada bulan nie and bulan depan. Semoga puasa kali nie lebih bermakna. Dan raya juga. :( Asal muram nie? Sedih la mak oiii.... huahuahua..... Nak balik rumah !!!! Homesick nih! Sabar yer Akashah Qi, In sya Allah pengorbanan anda akan dibalas. Berusaha! 




notakaki: Korang pilih yang mana? Kalau aku, putih kowt. Cantikkan ? :)





1 comment:

  1. dah beli la...lambat beli habis nnti

    ReplyDelete