Monday 19 May 2014

Takziah kepada Keluarga Akli Fairuz

Tadi duk tengok TV tiba-tiba ada berita masuk dari Indonesia, jiran kita. Dekat jer tue mengenai kisah pemain bola sepak mereka Akli Fairuz meninggal dunia. 

Edisi Berita Akashah Qi - Pemain bola sepak Indonesia, Akli Fairuz maut setelah mengalami kecederaan parah ketika perlawanan bola sepak Sabtu  (10 Mei 2014).Menurut laporan dari wartawan Akashah Qi, pemain muda itu mengalami kecederaan yang serius akibat daripada hentakan kuat kaki penjaga gol pasukan lawan pada bahagian perutnya ketika beliau mewakili kelabnya Persiraja melawan PSAP Sigil di Stadium H, Dimurthala Lampineung . Akli segera dihantar ke Instalasi Gawat Umum a.k.a ICU Rumah Sakit Zainal Abidin. Namun, kami disahkan bahawa beliau meninggal dunia pada Jumaat (16 Mei 2014)



Dah...dah....cukup menggedik Akashah Qi. Sekejap nak jadi jutawan, sekejap nak jadi engineer, sekejap pramugara, sekejap pembaca berita, sekejap wartawan...itu, ini....aduyaiiii..... Apapun, beliau Akli Fairuz meninggal pada hari Jumaat. Orang cakap meninggal pada hari Jumaat nie elok. Semoga rohnya diberkati. Amin.... Al-Fatihah .




notakaki: Apa sebenarnya cita-cita aku ek?

No comments:

Post a Comment