Thursday 15 May 2014

Korang Dah Ucap Belom "Selamat Hari Guru" ?

Tok..tok...TOK....Selamat Pagi korang Dah sarapan belum nie? Belum? Malas? Ishh.....ishhh... asal malas pulak. orang suruh makan, bukan suruh pergi bertani...itu pon malas? apa nak jadi la...hehe. Jangan mara yer, nanti kena jual ^.^ Bukan apa, korang kena la makan, sebab sarapan tue penting. Takper.hari nie bukan aku nak cakap pasal sarapan pun, hari nie aku nak cakap pasal benda lain.

Korang tahu tak harini hari apa Birthday aku? Yang tue...urm.... blum lagi. X sabar2 ek nak wish aku? k x pe. Tunggu ek 21 Mei nie, dah dekat da pon. Prepare la at least jam tangan Rolex ke, T-Shirt Armani, iPhone 5S  ke, ataupun at-least dinner kat Le Meridien Hotel.... haha.... just joking ! Tapi kalau nak bagi pon apa salah nyer, Gurun Sahara saya bentangkan :) .Amboi Akashah Qi... kata cakap pasal bnda lain. "Benda apa tu?" Sory, terjebih pulak :p

Hari nie adalah hari yg paling aku tunggu2 sekali waktu kecik-kecik dahulu. Memang tak sabar nak habis waktu sekolah. Haha...x dapat teka lagi ke? Hari nie kan Hari Guru. Oh guru, kaulah penerang kehidupanku...tak gitu? hehe.... korang dah wish belom kat cikgu-cikgu korang? urmmmm .... blom? x pe lepas nie gi kat wall group alumni sekolah korang. post bebanyak kat situ, Korang cuba bayangkan, kalau separuh, eh tak! klau suku atau 5% pelajar sekolah post kat group alumni sekolah masing, betapa banyaknyer wish yang akan terpapar kat situ. Confirm cikgu2 kat sekolah tu touching "murid aku still ingat kat aku"... ha. kan bagus gitu :)

Kenapa Akashah Qi tak sabar-sabar nak balik dari sekolah? Jeng...jeng...jeng....Aku x sabar2x nak bukak hadiah yang umi aku bawak balik. She's a very famous teacher in her school. Kat mane je dier kena transfer, she will become famous. Sebab ape? Sebab cubitannya. Hushhhh...jgn tanya la macam mana rsanya. Kalau korang kena, mau biru badan korang. Berbisa! hehe.....Tapi apapon, seseorang cikgu tue tidak mungkin mghukum pelajar2nya tanpa sebab, mesti ada sebab , btol x? but nowadays... banyak kes yang melibatkan guru disaman, dimarahi, dipukul oleh pelajarnya. Sedey aku dengar. Zaman sekarangi dah tak same macam zaman dulu. Dulu kalau anak balik rumah mengadu kena rotan ngan cikgu diorang, alamatnyer bertambah lah lagi satu rotan yang diorang terima. Tapi sekarang? Entahla....

Korang ingat x sehari sebelum Hari Guru? mesti kita sibuk beli hadiah kat 999, kedai cenderamata, One Shop dan macam2 lagi. Ad yang sibuk buat hand-made card lagi. Betapa sayangnya dulu kita kat guru kita. Masing masing berlumba nak jadi the first person yang bagi hadiah kat cikgu diorang. Cikgu bukak je pintu kereta, berderet pelajarnya menghulurkan hadiah. Macam artist pon ada.haha.... ada yang sehari sebelum tue lagi dah bagi hadiah. Sayang bebeno la diorang kat cikgu mereka. Alhamdulillah...

So akhir sekali kat sini, biarlah aku titipkan sedikit kata-kata untuk cikgu aku. Bermula dari tadika PASTI Taman Dinding, Tadika Methodist, Sk Methodist, SMK Methodist, Sekolah KAFA Taman Dinding,  MRSM Gerik, MRSM Transkrian, INTEC, UiTM dan Kolej Tenologi Timur Sepang. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan kepada semua guru sama ada pernah ataupun tidak mengajar saya. Kepada Pn. Aida Suria,  Ustaz Jazmin, Encik Razib selaku ibu dan bapa saya di sekolah dan kolej dulu, special SELAMAT HARI GURU saya ucapkan sekali lagi. Ada yang tertinggal? x kowt....hehe. Saya berharap anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu. Walaupun dah lama kita tak berjumpa, walaupun dah lama saya tinggalkan aman persekolahan tersebut, saya still ingat lagi pada kalian semua :D


Jadi korang, apa tunggu lagi, pergilah hantar wish korang kat cikgu2 korang. Mereka semua mesti tengah tunggu tue. Hehe, yeke. ontah ingat ke tdak kat korang, aku pon x tahu. Almaklumlah, bukan korang je anak didik mereka, beratus, malah beribu tau. Tapi mesti ada yang special bukan? 

Marilah kita sama mendokan guru2 kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa kuat untuk mendidik anak bangsa. Tanpa mereka, tiadalah jurutera, doktor, peguam, perdana menteri dan semua kerjaya hebat pada hari ini. Sentiasa ingat jasa mereka, amalkan apa yang diajar mereka, kerana kita adalah antara sumber pahala yg boleh mereka dapat  jika mereka berada di alam lain nanti.
In sya Allah :-) TEEHEE...

Barisan Pendidik MRSM Transkrian.
nie adalah barisan pendidik MRSM Transkrian. urm...Rindu 1000x


notakaki: korang tau x tema tahun ni? GURU: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

4 comments: