Friday 16 May 2014

Naik Lagi ? Selepas GST dan Minyak ?

Hari tue mak aku tepon sebab rindu katenyerrrr. Masetue dier baru jer balik dari pasar pagi. Rasenyer nak membeli barang-barang dapur la tue, Usually weekend anak kesayangan dier yang sorang nie je yang akan ikut. Yang empat orang lagi tue masih dibuai mimpi. So, takde aku, terasalah kehilangannya sekejap. 

Dalam-dalam berbual tue, tertanya " Umi, x risau ke? Barang semua dah naik nie. Semua ok ker?" Ingatkan dengan nada redhanyer mak aku akan jawab "Ala.... nak buat macam mana. Kita terima jelah...." Namun, tekaanku jauh meleset. " TULAH....TOMATO UMI BELI, DUA BIJIK TIGA HINGGIT, ADEKE PATUT" hahahaha.... Memang! memang mak aku! Sentiasa bersemangat dan bertenaga walaupun waktu dier call tuh,  jam di handphone masih menunjukkan 8 pagi. haha .... umi...umi...

Ha....memang aku nak komplain pasal harga barang naik nie. Waktu harga minyak naik, barang naik harga $0.20-$0.50 sen. Pasti ditambah dengan GST (Golongan Susah Tertindas), harga barang naik $0.10-$0.30 sen. Waktu tue, memang seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan. Pelbagai kempen diadakan, bantahan aman dijalankan, tetapi kerajaan masih berdegil mengekalkan GST pada hampir kesluruhan barangan runcit. Tahun ini, timbul pulak isu tarif elektrik ditingkatkan. Apa kes nie ? Kau nak naikkan semua sebab kau nak cover hutang negara yang kini bernilai RM 622,022 billion.

Perdana menteri mengatakan bahawa kenaikan kadar tarif elekrik terpaksa dibuat bagi melindungi TNB drpd berdepan kerugian dan juga melindungi pekerja-pekerjanya yang berjumlah hampir 34,900 orang. Ia juga dikatakan sebagai langkah panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi penggerak tenaga elektrik negara. Baca nie ; 

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian.
( A )
Kemudian baca ini: 

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. TNB untung RM 4.60 juta. Besar tue.
( B )




Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. TNB untung RM 1.7 billion Besar tue.
( C )


( A ) Keratan berita daripada Berita Harian bertarikh 16/5/2014 iaitu hari ini. Berita memaparkan bahawa  TNB perlu menaikkan tarif elektrik untuk mengelakkan daripada syarikat tersebut maengalami kerugian. 

( B ) Keratan  berita daripada juga Berita Harian, namun tarikhnya berbeza, 31/10/2013. Tujuh bulan sebelum keratan ( A ) dikeluarkan. Menyatakan bahawa TNB untung sebanyak RM 4.61 billion bagi tahun kewangan 2013.

( C ) Keratan berita dari akhbar yang namanya aku tak pasti, tarikhnya juga tidak dapat dipastikan. Keratan ini didapati daripada DrMAZA yang merupakan seorang pensyarah USM yang bergelar Professor  Korang boleh klik di sini.kalau korang tidak percaya. Keratan 'misteri' ini (aku malas nak cari sumber sebenarnya) menjelaskan bahawa TNB rugi RM 1.7 billion ? Tidak, UNTUNG ! ( P.R.O.F.I.T ). 

Persoalannya:
  1. Bagaimana Mr. Perdana Menteri boleh cakap yang kenaikan tarif elektrik adalah untuk 'melindungi' TNB mengalami kerugian setelah syarikat MONOPOLI tersebut mencatat untung yang besar pada tahun lepas?
  2. Jika TNB dikhuatiri rugipon, mengapa? Berikan sebab kepada kami. Hal ini adalah agak mustahil sebuah syarikat MONOPOLI dan hanya bergantung pada sumber semulajadi untuk mengalami kerugian dalam tempoh masa yang singkat sebegitu.
  3. Bagaimana kerajaan boleh tahu bahawa TNB bakal mengalami kerugian kerana perkataan 'melindungi' itu bermaksud kerugian belum lagi berlaku ?
  4. Adakah ini hanya mainan politik, menggunakan rakyat bagi menutup hutang kerajaan yang tertunggak hampir sebelas tahun itu? di sini


Aku tidak pernah berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana belah pihak dalam urusan ini. Aku hanya inginkan jawapan yang jawapannya hanya mereka yang berkuasa sahaja tahu. Namun, kita juga rakyat punya akal untuk berfikir secara logik, rasional dan teliti berdasarkan apa yang kita terima. Ramai juga di antara rakyat yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, mereka boleh menganalisis situasi yang berlaku dalam negara ini. Ramai rakyat. Semua rakyat berharap agar bebanan kos kehidupan yang melanda sekarang dapat dipulihkan. Jangan biarkan terutamanya golongan berpendapatan rendah terbeban dengan masalah ini sehingga ada yang sanggup melakukan perkara yang tidak matang. Semoga kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan yang mengambil berat tentang kegembiraan dan kesengsaraan rakyatnya, kerana itulah objektif sebenar sebuah kerajaan.TEEHEE...






notakaki: mula2 casual mood, pastu serious mood. Period ke? haha...







2 comments:

  1. diorang nak kaut untung. bagi rakyat jahanam

    ReplyDelete
  2. lepas ni, air pulak naik. hantu BN

    ReplyDelete