Saturday 17 May 2014

Sapelah Dyana Sofya ? Tetiba Femes

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Majlisnya kecil tapi penuh dengan kesyukuran. Biarpun ada beberapa orang saja yang dapat datang, majlis tetap meriah. Majlis sambuatan hari jadi jer...tapi intro macam besarkan? haha... Actually, aku gembira dapat kenal kawan-kawan baru. Ade yang pernah terserempak tapi tak pernah tegur. So tadilah start malu tapi mahu adegan tegur menegur. Cantik jugak..hewhew....Btw, aku tabik dengan semua kawan-kawan aku nie sebab diorang sporting, gila-gila, sedia membantu, tak lokek senyuman dan mesra alam. Okay tak aku kipas diorang? Haha...Nanti belanja la yek ^.^

Aku telah diberikan mandat untuk menghias bilik yang dijadikan tempat sambutan ulang tahunnya yang ke 20. Suka tak suka, tu belakang kira. Haha. Aku ambil peluang tu sebagai menghargai kepercayaan dorang walaupun aku sendiri tak yakin dengan aku. Macam mana tu? Takpe takpe. Anggap ni sebagai cabaran sebab dalam dunia nie, kadang-kadang,  kita kena lakukan tugas yang kita tak tahu macam mana nak buat, tugas yang kita tak suka, tugas orang lain tapi orang tu tolak kat kita dan sebagainya. Kita tak boleh memilih sangat.

Masa sembang-sembang terkeluar nama Dyana Sofya. Aku pon terpinga-pinga. Sapa tue ? member sebelah dah cuit bahu aku bila tengok muka aku blurr semacam je . cover la sikit . Perlahan-lahan aku capai phone and search, anak siapa Dyana Sofya nie? Sekali search je...trus keluar nama Dyana Sofya. Waktulah aku realize yang dia hot topic sekarang.

But aku tak tahu siapa Dyana Sofya. Nama macam nama glamour. Artis ker? Cari cari, Dyana Sofya binti Mohd Idris. Cantik orangnya. Tetapi, kat sebelah dia ada gambar berbikini. Ah Mai Gad.....!!!! Asal bleh jadi camtue? Semuanya adalah permainan politik Malaysia yang 'matang'.

Dyana merupakan seorang ahli politik yang baru diura-urakan bakal menjadi calon DAP bertanding di Adun Kecil Teluk Intan. Dia pernah menjadi Setiausaha Politik  Lim Kit Siang. Hebatkan wanita cantik nie? Mukanya macam kecinaan sikit, tetapi dia berbangsa Melayu.

Dyana nie seorang graduan undang-undang dari UiTM. Disebabkan ini, beliau dihemtam teruk akibat pertikaiannya yang menyatakan why UiTM untuk orang Melayu jer. Dyana dilabel sebagai 'Melayu tak kenang budi' oleh segelintir musuhnya. Korang tak dapat agak ker sape musuhnya? Dia orang DAP, so musuhnya orang DAP atau PR jugak ker? 

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan
sameker ? perluker cakap macamtue ?

Orang cakap, dia nie berbeza dengan maknyer yang dikatakan orang kuat UMNO kat Ipoh. Disebabkan mainan politik, family pon dimasukkan sekali. Ishhh....3x

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan TWITTER
statement Dyana

Tapi bagi aku, isu bikini dah over la. Ade ke patut cakap orang yang tak buat benda tue buat benda tue. Apa nih???? Lantakla, actually aku dah pening kepala and penat pasal perah idea nak hias bilik birthday tadi. Tambah pulak baca isu Dyana nie kat blog2 lain  Banyak fakta yang berlainan. Aku tulis fakta yang safe, yang sama je kat sini. Of course la berlainan Akashah Qi,. Kan ada dua side kat Malaysia nie. Benda nie diwujudkan pon sebab tujuan politik jugak. Apalah. tengoktak betapa peningnya aku sekarang. LOL.

Dyana Sofya Berbikini Ahli Dun Teluk Intan TWITTER
post Dyana di Twitter

Setiap bidang ada kebaikan dan keburukan. Kalau korang nak pilih kerja yang baik jer, alamatnyer tak bekerja la korang seumur hidup. Politik, hiburan, penerbangan, perubatan... semuanya ada kelebihan masing masing, tak kurang kekurangannya. So, apabila kita dah pilih tue, kena lah terima risikonya. Paling penting niat kena betul, kalau first niat pon tak btol, hancuslah semuanya. TEEHEE...




            notakaki: Korang bacalah statement dalam gambar sekali ek...hehe...

2 comments:

  1. politik Malaysia memang kotor, sebab tu kita tak maju

    ReplyDelete
  2. betu tue Malaya, nak ekat pilihanraya kecilmacam macam yang berlaku. Diorang ni tak guna otak ke hape, dah sah muka tue tak sama langsung.

    ReplyDelete